awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua negeri capai 80 peratus bulan ini kecuali Sabah - Khairy

Astro Awani
Astro Awani
07/10/2021
09:35 MYT
Semua negeri capai 80 peratus bulan ini kecuali Sabah - Khairy
Khairy berkata, langkah tersebut merupakan insiatif yang akan membantu negeri Sabah mencapai nilai ambang 80 peratus sama seperti negeri-negeri lain. - Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) yakin semua negeri di seluruh negara mampu mencapai unjuran 80 peratus penduduk dewasa divaksinasi pada bulan Oktober, kecuali Sabah.
Sehubungan itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, program outreach akan diperhebat di Sabah termasuk kempen gerak vaksinasi kepada masyarakat.
Ujarnya, beliau optimis beberapa negeri seperti Kelantan, Kedah dan Perak akan mampu mencapai nilai ambang 80 peratus berdasarkan sasaran masa yang ditetapkan.
"Semua negeri akan diunjurkan mencapai 80 peratus pada bulan Oktober dan hanya satu negeri sahaja kita unjurkan ada sedikit masalah untuk capai 80 peratus iaitu negeri Sabah.
"Saya telah berhubung dengan Pengarah Kesihatan Negeri untuk mempertingkatkan lagi program outreach di Sabah dan saya dapat laporan jumlah yang hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sudah tidak ramai.
"Sebab itu, kita kena usahakan dan sumber yang ada untuk menggerakkan program outreach," katanya.
Khairy berkata demikian selepas melakukan lawatan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Khamis.
Tambahnya, langkah tersebut merupakan insiatif yang akan membantu negeri Sabah mencapai nilai ambang 80 peratus sama seperti negeri-negeri lain.
Setakat Rabu, 67.4 peratus atau 1,859,799 populasi dewasa negeri itu sudah mendapatkan dos lengkap vaksin COVID-19.
Manakala, 74.8 peratus atau 2,061,944 populasi dewasa di sana juga sudah menerima satu dos suntikan vaksin.
Topic Berkaitan
#kadar vaksinasi di Sabah
#COVID-19 di Sabah
#Program Outreach Vaksinasi
#unjuran 80 peratus vaksinasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan