awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Liga Super: Subramaniam ikut jejak Devan tinggalkan Melaka
Lenyapnya Bazar Lama Kampar, hilang satu lagi bangunan warisan di Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua sekolah di Kuala Lumpur, Putrajaya ditutup mulai esok

Bernama
Bernama
05/05/2021
11:14 MYT
Semua sekolah di Kuala Lumpur, Putrajaya ditutup mulai esok
KPM menerusi kenyataan hari ini memutuskan demikian berikutan penutupan semua sekolah di bawah KPM di Selangor pada tarikh sama. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Kuala Lumpur dan Putrajaya ditutup esok dan lusa.
KPM menerusi kenyataan hari ini memutuskan demikian berikutan penutupan semua sekolah di bawah KPM di Selangor pada tarikh sama.
"Keputusan KPM untuk menutup sekolah adalah bagi mengurangkan pergerakan dalam komuniti dan pergerakan antara negeri memandangkan kedudukan kedua-dua wilayah ini yang bersempadanan dengan daerah-daerah dalam negeri Selangor," menurut kenyataan itu.
KPM memaklumkan dalam tempoh penutupan tersebut, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan mengikut kesesuaian guru dan murid.
Sementara itu, pergerakan pulang murid asrama sempena cuti hari raya Aidilfitri, pihak sekolah perlu mengekalkan jadual pergerakan pulang yang ditetapkan untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan murid dan ibu bapa atau penjaga.
KPM turut memaklumkan semua sekolah di bawah kementerian itu di Selangor akan ditutup pada tarikh sama berdasarkan syor Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Selangor (JKKNS).
Keputusan itu juga dibuat setelah mengambil kira tempoh persekolahan yang hanya berbaki dua hari sebelum sekolah ditutup sempena cuti Aidilfitri tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tutup sekolah
#Kuala Lumpur
#Putrajaya
#sekolah
#pendidikan
#pengajaran dan pembelajaran
#Kementerian Pendidikan
#PKP
#MCO
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan