awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Senarai harga barangan kawalan Ramadan diumum minggu depan

Bernama
Bernama
05/06/2016
23:59 MYT
Senarai harga barangan kawalan Ramadan diumum minggu depan
Anggota penguat kuasa KPDNKK akan menjalankan pemeriksaan di bazar-bazar Ramadan bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga jualan. - Gambar hiasan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengumumkan senarai harga barangan kawalan sempena Ramadan di Kuala Kangsar minggu depan.
Menteri berkenaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata senarai itu bertujuan memastikan harga barangan keperluan yang dijual sepanjang Ramadan tidak melonjak naik dan memberi tekanan kepada pengguna.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan peniaga supaya tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga semata-mata untuk mengaut keuntungan pada Ramadan ini.
"Peniaga hendaklah mengamalkan kosep membantu antara peniaga dan pengguna.
Kalau berniaga, buatlah secara berhemah bagi membantu mereka yang berpuasa dan tidak mencari keuntungan berlebihan.
"Pengguna juga perlu berbelanja secara berhemah," katanya pada sidang berita selepas menyampaikan bantuan moreh peringkat Parlimen Larut di Batu Kurau dekat sini, pada Ahad.
Pada majlis itu, sebanyak 108 masjid dan surau masing-masing menerima bantuan wang tunai RM500 bagi masjid dan RM300 bagi surau.
Hamzah berkata anggota penguat kuasa KPDNKK akan menjalankan pemeriksaan di bazar-bazar Ramadan bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga jualan sehingga membebankan pengguna.
Dalam pada itu, beliau berkata Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat perniagaan menggunakan nama lucah, nama Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja pada papan tanda dalam pendaftaran syarikat mereka.
"Kalau ada berlaku penggunaan nama lucah pada papan tanda, pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh mengambil tindakan ke atas mana-mana syarikat terbabit," katanya semasa mengulas mengenai sebuah papan tanda menggunakan perkataan lucah yang disebarkan dalam laman sosial.
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainuddin
#harga barang
#harga kawalan
#KPDNKK
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan