BATU PAHAT: Kawasan Senggarang di sini menjadi lokasi baharu terjejas banjir selepas dinaiki air sejak Jumaat lepas, kata Pegawai Daerah Batu Pahat Nasri Md Ali.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Batu Pahat itu berkata susulan itu, dua pusat pemindahan sementara dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Kadir dan SK Senggarang melibatkan 325 mangsa daripada 81 keluarga setakat 4 petang ini dan dijangka bilangan mangsa akan bertambah.
"Situasi banjir berlaku di kawasan itu dipengaruhi aliran air dari Segamat dan empangan selain pertembungan air pasang.
Air (banjir) akan bertambah tetapi tetap (air itu) mengalir ke laut ditambah dengan bantuan lima pam bergerak yang sudah beroperasi di kawasan itu," katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.
Nasri berkata setakat ini, daerah ini telah menerima 23 pam bergerak yang telah dipasang oleh Jabatan Pengairan dan Saliran bagi membantu pengaliran air keluar.
Beliau berharap dengan pemasangan pam bergerak itu akan memberi kesan penurunan air banjir dalam tempoh seminggu ini.
"Walaupun isipadu (air yang keluar) sedikit tetapi kita tetap berusaha supaya penduduk dapat pulang ke rumah sebelum menyambut bulan Ramadan tidak lama lagi," katanya.
Dalam perkembangan sama, Nasri berkata situasi banjir di Batu Pahat menunjukkan pemulihan apabila kawasan Yong Peng sudah memasuki fasa pembersihan rumah dan beberapa PPS ditutup di daerah ini, manakala kawasan di Seri Medan sehingga Parit Raja masih dinaiki air.
Setakat 4 petang ini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir di Johor merekodkan seramai 42,706 orang dengan Batu Pahat mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 39,944 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 12 2023
Penduduk Senggarang giat memasang khemah di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berikutan keadaan rumah mereka yang terletak berhampiran Sungai Senggarang digenangi air akibat limpahan sungai. - Bernama
FIFA lulus penggunaan VAR di Liga Malaysia - FAM
Penggunaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) bermula musim 2024/2025 sudah mendapat pengiktirafan dan kelulusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Niaga AWANI: AirAsia Cambodia mula penerbangan domestik pertama
AirAsia menghubungkan Kemboja dengan laluan antarabangsa dari hab Kuala Lumpur dan Bangkok dengan 63 penerbangan setiap minggu.
Niaga AWANI: Bukti Malaysia diiktiraf sebagai hab pilihan Asia Tenggara
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata ini menunjukkan keyakinan Microsoft terhadap Asia Tenggara dan kedudukan strategik Malaysia sebagai pintu masuk untuk pertumbuhan.
Niaga AWANI: Perkhidmatan Skypark Link akan diaktifkan kembali - Anthony Loke
Beliau menjelaskan terminal itu diharap dapat menarik lebih ramai penumpang ke lapangan terbang kerana ia merupakan antara kawasan paling sesak di Lembah Klang.
Niaga AWANI: Pengambilalihan Affin Bank, Sarawak tunggu lampu hijau BNM
Proses pengambil alihan majoriti pegangan saham dalam Affin Bank oleh Kerajaan Sarawak berada di peringkat akhir untuk dimuktamadkan.
Niaga AWANI: Trafik udara berkembang 16.1 peratus pada suku pertama 2024
Trafik penumpang udara domestik serta antarabangsa masing-masing menyumbang 47.5 peratus dan 52.5 peratus daripada jumlah trafik penumpang udara suku tahunan.
ADUN Sungai Bakap semakin stabil - Isteri
Keadaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap Nor Zamri Latiff yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini kini semakin stabil.
Mahkamah Tinggi tolak permohonan Tengku Zafrul fail afidavit
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, untuk kebenaran memfailkan afidavit bagi memperbetulkan fakta didakwa tidak tepat dalam afidavit Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
PM yakin kenaikan gaji lulus bergaya di Parlimen
Perdana Menteri turut membidas pihak terbabit sebagai 'haprak' dan tidak boleh diterima kerana mengkritik usaha kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam selepas 12 tahun ia tidak dilaksanakan.
Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36
Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guandong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.