awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seni persilatan perlu diperluaskan - PM Najib

Bernama
Bernama
25/10/2015
13:22 MYT
Seni persilatan perlu diperluaskan - PM Najib
Perdana Menteri berharap seni pertahanan diri itu kembali berakar umbi dan bercambah di kampung, taman, institusi pengajian tinggi dan di mana sahaja.
Datuk Seri Najib Razak meminta supaya seni persilatan Melayu diperluaskan dan pengamalnya meningkatkan lagi kemahiran pertahanan diri itu kerana ia adalah benteng pertahanan ketiga negara selain tentera dan polis.
Perdana Menteri berharap seni pertahanan diri itu kembali berakar umbi dan bercambah di kampung, taman, institusi pengajian tinggi dan di mana sahaja.
"Sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk memastikan kesinambungan silat sebagai warisan bangsa di negara ini, saya telah mengisytiharkan silat sebagai bela diri rasmi negara," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis perasmian bangunan Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) yang dinamakan Wisma Gayong, di Kampung Pandan di sini, hari ini.
Teks ucapan perdana menteri dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.
Turut hadir Yang Dipertua PSSGM Datuk Adiwijaya Abdullah, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan dan Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Jen Zulkifeli Mohd Zin.
Najib berkata anak-anak muda harus sedar bahawa ancaman kehidupan sekarang datang dari pelbagai sudut, yang merangkumi masalah sosial dan dadah serta unsur asing seperti ancaman pengganas kumpulan militan IS.
"Saya yakin anak-anak Silat Gayong tidak akan terjebak dengan masalah ini kerana seawal persilatan telah diajar mentaati guru, kedua ibu bapa dan ajaran agama," katanya.
Beliau berkata Silat Gayong telah mewujudkan sinergi usaha dan hasrat dalam menyokong kepimpinan negara sejak sebelum merdeka lagi dengan pengasas PSSGM Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman menunjukkan komitmen pertubuhan itu ketika negara berdepan penjajahan Jepun dan British serta ancaman komunis.
Sejak penubuhan PSSGM pada 1963, Silat Gayong telah berkembang di negara ini hinggalah ke seluruh nusantara dan dunia.
"Dengan kejayaan warga Gayong membina bangunan Gayong ini, amat eloklah jika jika roh kejayaan Gayong kita peterikan dalam sanubari untuk terus meluaslebarkan ilmu pertahanan tradisi Melayu ini ke seluruh dunia," katanya.
Topic Berkaitan
#Melayu
#Najib Razak
#pertahanan diri
#seni persilatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan