KUALA LUMPUR: Penyanyi rap tanah air, Ariz Ramli atau lebih dikenali Caprice menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa mendoakan keselamatan ustaz Ebit Lew dalam misi kemanusiaannya ke Gaza ketika ini.
Menurut Caprice, 33, dia berjaya menghubungi Ebit Lew selepas pendakwah terkenal itu didakwa 'hilang' kerana dipercayai sudah beberapa hari tidak mengemas kini media sosialnya berhubung aktiviti kemanusiannya di sana.
"Tiba-tiba, ramai menghantar mesej kepada saya sejak tiga hari lalu bertanyakan perkembangan Ebit Lew selepas muncul dakwaan yang dia 'hilang'.
"Alhamdulilah ... kami selalu berhubung menerusi aplikasi WhatsApp. Saya pun terkejut dan terus menghantar mesej WhatsApp untuk bertanya keadaanya di sana."
BACA: Doakan ya, Alhamdulillah semua dalam keadaan baik - Ebit Lew
"Saya bertanya, "Are you okay? Orang kata Ustaz hilang, kalau okay balas secepat mungkin and then he replied tak sampai 10 minit kemudian," katanya ketika ditemu bual Astro Awani pada Sabtu.
BACA: Wisma Putra sedang kesan Ebit Lew
Menurut Caprice, Ebit Lew dalam perbualan itu turut meminta rakyat Malaysia untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatannya.
"Ustaz berpesan agar semua doakan untuk beliau, Alhamdulilah dia dalam keadaan baik," jelasnya lagi, berhubung keadaan Ebit Lew yang kini dipercayai berada di Mesir.
Bakal ke Gaza hujung Jun ini
Tegas Caprice, beliau sentiasa memberikan sokongan kepada Ebit Lew atas semua kerja kebajikan yang dijalankan pendakwah itu.
"Alhamdulilah ... Caprice sendiri telah dijemput untuk ke Gaza, sepatutnya kami bertolak dalam tempoh dua minggu ini, namun selepas kerajaan mengumumkan lanjutan pelaksanaan Peringtah Kawalan Pergerakan 3.0 sehingga hujung bulan ini, kemungkinan kita akan bertolak hujung bulan ini.
"Saya tidak sabar nak ke sana (Palestin) terutamanya selepas Instagram Live saya sebelum ini, banyak perkongsian dan networking dengan orang dI Palestin and Israel.
Menurut Caprice lagi, kunjungannya ke sana untuk membantu demi Ummah dan atas dasar kemanusiaan.
Dia turut berkata, penaja yang menjayakan kunjungannya ke Gaza akan didedahkan suatu masa kelak.
Bangga solidariti rakyat Malaysia dengan Palestin
Meski pun isu Gaza ibarat tiada penghujungnya, namun jelas Caprice solidariti yang ditunjukkan rakyat Malaysia serta masyaakat sivil di seluruh dunia amat menakjubkan.
Malah protes aman terhadap tindakan rakus rejim Israel dilakukan di beberapa negara besar dengan memberi tekanan agar krisis kemanusiaan di Gaza berakhir.
"Saya bersyukur sejak kita ada (aplikasi) media sosial seperti Tik Tok, kesedaran tentang Palestin ini semakin meningkat.
Caprice turut berharap solidaritii yang dipamerkan masyarakat di Paris, New York, Dublin, United Kingdom dan Malaysia yang begitu mengagumkan akan berterusan.
Justeru, katanya rakyat Malaysia diharapkan sentiasa berdoa dan memberikan sokongan kepada saudara di Palestin agar bebas daripada cengkaman Zionis.
"Perjuangan ini sudah lama dan berpanjangan dan akan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan," tambahnya.
Fareez Azman
Sat Jun 12 2021
Penyanyi rap terkenal bakal mengikuti jejak langkah Ustaz Ebit Lew untuk berkunjung ke Gaza bagi misi kemanusiaan di sana. - Gambar fail
Kes rasuah Wan Saiful: Surat pelawaan tender turut dihantar kepada Nepturis - Saksi
Surat pelawaan tender bagi Projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur dihantar kepada tiga syarikat kontraktor termasuk Nepturis.
Wujud pasukan khas laksana pematuhan, penguatkuasaan larangan merokok - Cuepacs
Cuepacs mencadangkan Kementerian Kesihatan wujudkan pasukan khas untuk melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan dan restoran.
AWANI Ringkas: Tindakan selepas penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Isnin memaklumkan ketibaan lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza melalui jalan laut.
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan - White House
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan pada Isnin yang merupakan langkah penting kearah membuka kembali laluan perkapalan itu.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur.
Datuk bandar antara 3 maut dalam serangan hendap
Tiga pegawai kerajaan, termasuk seorang datuk bandar telah ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang disyaki sebagai pemisah pada Isnin di wilayah bergolak Barat Laut Cameroon.
Kit ujian pantas laris di Singapura
Kita Ujian Pantas (ART) Antigen COVID-19 laris dijual di Singapura susulan peningkatan kes jangkitan virus tersebut.
Musa Hitam lancar buku Ku Li
Veteran UMNO Tun Musa Hitam melancarkan buku bertajuk KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik rakan seperjuangannya, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Selangor tetapkan capaian 5G di kawasan industri cecah 80 peratus tahun ini
Kerajaan negeri akan perkemas langkah meningkatkan capaian liputan rangkaian 5G di Selangor dengan tumpuan diberikan kepada kawasan industri.
Industri media perlu tingkat kemahiran, terima kehadiran teknologi AI
Kecerdasan buatan (AI) dilihat mampu memperkasakan kandungan berita secara lebih kreatif dan menarik, khususnya penyampaian berita di media sosial.
Astro AWANI lancar JIWA, garis panduan AI, terkehadapan dalam inovasi kewartawanan
Astro AWANI melakar sejarah sekali lagi apabila berjaya melancarkan JIWA: A Guideline for AI Utilization in Astro AWANI, yang menggariskan panduan penggunaan AI dalam pelaporan berita.
Sidang meja bulat Astro AWANI satukan pemain industri, memacu kewartawanan AI
Astro AWANI sekali lagi ke hadapan sebagai platform perantara isu yang paling kerap didebatkan dalam masyarakat terutamanya mengenai teknologi kecerdasan buatan (AI).
Universiti Nottingham, Astro AWANI anjur sidang meja bulat Kewartawanan Dalam Era Gangguan AI
Perbincangan meja bulat ini bertujuan menyediakan platform untuk membincangkan implikasi AI terhadap kewartawanan dan masyarakat.
7,000 jemaah meriahkan Semarak Subuh Johor bersama Astro
Lebih 7 ribu jemaah hadir mengerjakan solat Subuh sempena Semarak Subuh di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, di sini, pagi tadi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.