awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang daripada empat mangsa dua bot nelayan karam ditemukan

Bernama
Bernama
10/10/2020
16:14 MYT
Seorang daripada empat mangsa dua bot nelayan karam ditemukan
Kapten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata mangsa dijumpai di kedudukan 23 batu nautika barat daya Kuala Selangor oleh aset Tentera Laut Diraja Malaysia iaitu KD Mahameru dalam operasi mencari dan menyelamat. - BERNAMA
SHAH ALAM:Seorang daripada empat mangsa dua bot nelayan yang karam pada Khamis lepas di perairan Selangor ditemukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada kira-kira 11.40 pagi Sabtu.
Pengarah Maritim Negeri Selangor Kapten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata mangsa dijumpai di kedudukan 23 batu nautika barat daya Kuala Selangor oleh aset Tentera Laut Diraja Malaysia iaitu KD Mahameru dalam operasi mencari dan menyelamat.
"Mayat mangsa dibawa ke Jeti Kuala Selangor oleh bot Pasukan Polis Marin untuk tindakan lanjut. Tiga lagi mangsa masih belum dijumpai dan operasi diteruskan sehingga 7 malam ini.
"Sektor operasi pencarian kesemua mangsa melibatkan 94 batu nautika di Tanjung Sepat, Sepang manakala 214 batu nautika di Kuala Selangor melibatkan sebuah pesawat udara, lima bot daripada agensi lain serta bantuan satu unit dron daripada badan bukan kerajaan," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pesawat APMM jenis AS 365N3 masih memantau lokasi kejadian namun tiada sebarang penemuan membabitkan tiga lagi mangsa dilaporkan.
Semalam, empat lelaki dilaporkan hilang dalam dua kejadian bot nelayan karam di perairan Kuala Selangor dan Tanjung Sepat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bot karam
#nelayan
#perairan selangor
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#APMM
#Mohammad Rosli Kassim
#Tentera Laut Diraja Malaysia
#TLDM
#Pasukan Polis Marin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan