Mayat seorang daripada tiga remaja berusia 12 dan 15 tahun yang dipercayai lemas di Sungai Pedas dekat Taman Pinggiran Pedas, Pedas, disini yang dilaporkan lemas selepas keluar menjala petang Isnin ditemukan pasukan mencari dan menyelamat malam tadi.
Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Iqqmal Haziq, 12 tahun, ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira jam 10 malam tadi dengan jarak kira-kira 600 meter dari lokasmangsa dipercayai hilang.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis, pihaknya menerima maklumat kejadian pada pukul 6.52 petang semalam.
Bagaimanapun, dua lagi rakannya dikenali sebagai Shafiq dan Alias, 15 tahun, masih belum dikesan.
Difahamkan, sungai berkedalaman kira-kira tiga meter itu merupakan bekas tapak aktiviti melombong pasir.
Ekoran itu katanya, air sungai yang terlalu keruh dan berlumpur menyebabkan pasukan menyelamat menghadapi kesukaran untuk mengesan mangsa.
"Kami percaya bahawa mangsa belum melepasi Sungai Linggi dan masih berada di kawasan ini. Kami percaya mereka telah dibawa oleh arus dalam keadaan sungai yang berlumpur dan berpasir sekaligus menjadikan keadaan sungai seperti jerlus."
"Kami dimaklumkan sebelum ini ada kerja-kerja menggali pasir, saya percaya mereka terperangkap di kawasan kerja-kerja menggali pasir," katanya.
'Sempat basuh kasut sekolah'
Sementara itu bapa salah seorang mangsa lemas, Muhammad Sadri Yaakub, 47, berkata, kejadian menimpa anaknya Muhammad Alias, 15, itu hanya dimaklumkan oleh penduduk setempat sekitar 7.15 petang.
Menurutnya, kebiasaan pada musim cuti persekolahan ini, anak keempatnya itu akan keluar bersama rakan-rakannya kira-kira jam 2 petang sebelum pulang semula ke rumah bagi menukar kasut dan ke kawasan taman berhampiran untuk bermain sepak takraw.
"Anak saya sempat basuh kasut sekolah untuk memulakan sesi persekolahan sebelum keluar bersama rakan-rakannya,” katanya.
Namun, hati kecilnya terdetik dan pelik melihat rutin anaknya yang sedikit berbeza pada hari kejadian, iaitu keluar seawal tengah hari dan tidak pulang menukar kasut seperti kebiasaan.
Nalurinya sebagai bapa ternyata benar apabila dia dimaklumkan anaknya itu lemas bersama dua lagi rakan yang lain.
Operasi mencari dan menyelamat yang dihentikan sehingga lewat malam tadi ekoran cuaca gelap akan disambung semula pagi ini untuk mencari dua lagi mangsa yang hilang.
Astro Awani
Mon Jan 01 2018
Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Supt Nazruel Ekram Abu Shari dalam kenyataan berkata mangsa tersebut ialah Muhammad Iqqmal Haziq Muhammad Nozili, 12, ditemukan pada 10.15 malam tadi. - Gambar fail
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Polis henti SAR anggota TDM di Royal Belum
Bagaimanapun usaha pencarian diteruskan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Tiada unsur dera bayi lemas dalam selimut di rumah pengasuh - Polis
Pemeriksaan yang dilakukan terhadap bayi terbabit tidak menemukan sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal ditemui pada tubuh mangsa.
Bayi lelaki enam bulan maut dipercayai lemas dalam selimut
Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut dipercayai akibat lemas dalam selimut di rumah pengasuhnya di Merlimau di sini pagi tadi.
Pemancing hilang ditemukan lemas di Langkawi
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut ketika menyeberangi jambatan kayu 'Water Breaker' Kuala Chenang di Langkawi, malam semalam, ditemukan lemas petang tadi.
Banjir Kedah: Jasad pengawal keselamatan lemas ditemukan tersangkut pada reba kayu
Jasad mangsa ditemukan tersangkut pada reba di tebing sungai, kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat.
Dua warga emas korban baharu banjir di Kelantan - Polis
Dua lelaki warga emas lemas di Machang, hari ini menjadikan korban banjir di negeri ini meningkat kepada lima orang setakat ini, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Lelaki autistik ditemukan lemas
Polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat Muhammad Helmi Azman, 26, pada 11.44 pagi.
JBPM Terengganu masih mampu berdepan situasi banjir semasa - Pengarah
Kekuatan sedia ada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu setakat ini masih berupaya mendepani situasi semasa banjir di negeri itu.
Warga emas korban banjir pertama di Terengganu
Tuan Jusoh Tuan Hassan, 66 tahun, dilaporkan pergi ke kawasan sawah padi kira-kira jam 8.15 pagi untuk memukat ikan bersama tiga lagi rakannya.
Pelajar tahfiz ditemukan lemas di tali air di Bachok
Muhammad Syamil Saniran, 14, ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira tiga meter.