KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan seorang jurulatih yang cedera parah dalam insiden letupan bom lempar ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin meninggal dunia, pada Ahad.
TUDM juga dalam masa yang sama menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian insiden itu berlaku.
Dalam satu kenyataan, Markas Tentera Udara berkata, Allahyarham Koperal Udara Syuib Bidin, 33, yang merupakan jurulatih di Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), Pangkalan Udara Sendayan meninggal dunia jam 5.45 petang ketika menerima rawatan di Hospital Segamat, Johor.
"Manakala seorang lagi jurulatih, Koperal Udara Khairuzaman Lokman berusia, 35, kini di dalam pemantauan rapi dan keadaannya dilaporkan stabil.
"Selain itu, anggota yang dilaporkan meninggal dunia di lokasi pada jam 12.10 tengah hari sebelum ini ialah Allahyarham Laskar Udara I Mohd Iqmal Masdi, 22, berasal dari Lenggeng dan merupakan penuntut bagi Kursus Peningkatan Pembantu Pertahanan Kelas 1 (KPPP Kls 1) Siri 78/23 di INSTAR," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Sehubungan itu, Markas Tentera Udara berkata, waris anggota yang terlibat telah dimaklumkan dan TUDM akan memastikan semua urusan kebajikan keluarga mangsa-mangsa yang terlibat diutamakan serta urusan pengebumian disempurnakan dengan sebaik-baiknya.
“Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan TUDM serta pucuk pimpinan tertinggi TUDM menzahirkan rasa dukacita atas kejadian yang berlaku dan merakamkan salam takziah kepada waris anggota yang meninggal dunia yang juga merupakan kehilangan besar kepada TUDM.
“Didoakan agar roh kedua-dua Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. Selain itu, diharapkan urusan rawatan kepada anggota yang cedera dipermudahkan, dilaksanakan dengan segera serta dikurniakan dengan kesembuhan,” katanya.
Dalam pada itu, katanya pihak TUDM meminta semua pihak tidak menyebarkan sebarang spekulasi dan berita tidak sahih sehingga proses siasatan dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai.
Afiezy Azaman
Mon Jun 26 2023
Allahyarham Syuib Bidin (kanan) menghembuskan nafas terakhir jam 5.45 petang semalam di Hospital Segamat, Johor., sementara Mohd Iqmal Masdi meninggal dunia di lokasi kejadian jam 12.10 tengah hari Ahad.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Insiden bom lempar: Mangsa ketiga cedera kedua-dua belah mata
Seorang anggota TUDM yang cedera parah dalam insiden bom lempar meletup di Kem Syed Sirajuddin, Gemas dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin, Kuala Lumpur.
Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga anggota TUDM terkorban semasa latihan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota TUDM semasa latihan menembak senjata dan bom lempar.
Seorang lagi jurulatih maut, TUDM tubuh Lembaga Siasatan
Koperal Udara Syuib Bidin meninggal dunia jam 5.45 petang ketika menerima rawatan di Hospital Segamat, Johor.
Seorang anggota TUDM maut, dua jurulatih cedera ketika latihan menembak
TUDM mengesahkan seorang anggotanya maut manakala dua jurulatih cedera ketika menjalani latihan menembak senjata dan bom lempar.
Seks oral, cabul kehormatan: Mahkamah rayuan kekal hukuman penjara, sebatan anggota TUDM
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Mohd Juhazei Ismail terhadap sabitan serta hukuman penjara.
Anggota TUDM maut dalam perjalanan ke tempat kerja
Mohd Husaini, yang dalam perjalanan dari arah Selayang ke Kem Tentera Udara Subang, meninggal dunia di tempat kejadian.
Dua anggota TLDM maut dalam kemalangan di Cameron Highlands
Mangsa dipercayai mengalami kecederaan parah akibat impak rempuhan dan meninggal dunia di tempat kejadian.