Seorang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dengan sebuah kereta di KM 384 Lebuh Raya Utara Selatan, sebelum Hentian Sebelah Behrang, kira-kira 100 kilometer dari sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 pagi itu, pemandu kereta Proton Wira, Shamsul Anuar Naziri, 40, maut di tempat kejadian manakala rakannya Mohd Adib Sayuti, 35, tidak cedera.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Supt Wan Jamil Wan Chik berkata pemandu bas, Mohd Nazri Azmi, 31, dan pembantunya Annuar Khuzaimi Bahari, 45, serta lapan penumpang, dalam perjalanan dari Johor ke Pulau Pinang, tidak mengalami kecederaan.
Beliau berkata kejadian berlaku apabila kereta dinaiki mangsa bersama rakannya, terbabas ke sebelah kanan jalan sebelum melanggar pembahagi jalan.
"Akibat pelanggaran, sebuah bas dari arah yang sama melanggar bahagian pemandu kereta dan menyeret kereta itu sejauh 60 meter," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Wan Jamil berkata sebuah kereta Honda City dari arah sama cuba mengelak serpihan kemalangan sebelum terbabas ke kiri jalan dan masuk ke dalam longkang.
"Dua kereta lagi termasuk sebuah pacuan empat roda turut mengalami kerosakan selepas terlanggar serpihan kemalangan itu ,"katanya.
Menurutnya, mangsa yang meninggal dunia telah dihantar ke Hospital Slim River untuk dibedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 24 2016
Bas terbabit yang membawa 10 penumpang sedang dalam perjalanan dari Johor ke Pulau Pinang apabila melanggar kereta Proton Wira yang melintang di tengah jalan. - Gambar hiasan
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Seorang maut bas ekspres rempuh kereta terbabas di Slim River
Seorang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan sebuah kereta di Kilometer 384 Lebuh Raya Utara Selatan pagi tadi.