awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, empat parah nahas dua kereta

Sinar Harian
Sinar Harian
09/03/2022
02:10 MYT
Seorang maut, empat parah nahas dua kereta
Anggota bomba mengeluarkan salah seorang mangsa yang tersepit selepas terbabit kemalangan di Kilometer 65 Jalan Kuantan-Segamat di sini pada Selasa. - Foto JBPM Pahang
PEKAN: Seorang pemandu maut manakala empat yang lain parah dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Kilometer 65 Jalan Kuantan-Segamat dekat Paloh Hinai di sini pada Selasa.
Dalam kemalangan kira-kira jam 7.15 petang itu, pemandu kereta jenis Perodua Axia, Khairul Anuar Khairi, 43, beralamat dari Kampung Darat Sungai Ular, Kuantan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpangnya, Rohani Tamby, 55, patah tangan.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, pemandu sebuah lagi kereta jenis Proton Persona, Isma Danish Mohd Zamani, 20, dan dua penumpangnya, Dewi Murni Abu Zamar, 44, dan Isma Ammar Basyir Mohd Zamani, tujuh tahun parah.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu kereta Proton Persona bersama penumpangnya dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Segamat.
"Setibanya di lokasi kejadian, kereta itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta dipandu mangsa yang berada di laluan arah ke Kuantan.
"Akibat kemalangan tersebut, kedua kenderaan remuk pada bahagian hadapan menyebabkan ada mangsa tersepit dan berjaya dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Mohd Zaidi berkata, mayat Khairul Anuar dihantar ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat.
"Mangsa parah turut dihantar menerima rawatan di hospital yang sama.
"Kemalangan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Paloh Hinai
#pemandu maut
#Khairul Anuar Khairi
#Rohani Tamby
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan