awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, seorang cedera kereta terbabas di Sitiawan

Aida Aziz
Aida Aziz
21/06/2024
02:00 MYT
Seorang maut, seorang cedera kereta terbabas di Sitiawan
Keadaan kereta yang terlibat dalam nahas di Jalan Kampung Acheh, Sitiawan. - Foto JBPM Perak
MANJUNG: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera setelah kereta jenis Proton Saga FLX yang dinaiki mereka dipercayai terbabas sendiri di Jalan Kampung Acheh, Sitiawan di sini hari ini.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, terdapat empat orang mangsa lelaki dalam kenderaan itu.
Katanya, dua daripada mereka telah meninggalkan lokasi kemalangan sebelum ketibaan pihak bomba.
"Bomba terima panggilan kecemasan pada jam 5.34 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan ke lokasi.
"Didapati terdapat seorang mangsa berusia 24 tahun tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Seorang lagi mangsa berusia 27 tahun cedera," katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.
Sabarodzi berkata, mangsa yang maut kemudiannya diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan susulan.
Selain itu, mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan kenderaan KKM.
Operasi membabitkan anggota seramai lapan orang itu diketuai oleh PBK II Firdaus Ziker dan tamat jam 6.22 pagi.
Topic Berkaitan
#Nahas
#meninggal dunia
#tersepit
#terbabas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan