awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIBURAN
Pengasas dan pemain gitar kumpulan Spring, Iskandar meninggal dunia
MALAYSIA
KPDN tingkat kawalan di ICQS Tebedu
DUNIA
Netanyahu terima gesaan gencatan senjata Trump, dakwa semua objektif Israel tercapai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Seorang maut, seorang cedera parah kemalangan babit tiga kenderaan

Bernama
Bernama
24/06/2025
02:40 MYT
Sponsor Banner
Seorang maut, seorang cedera parah kemalangan babit tiga kenderaan
Hasil siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Honda Stream dari arah Mersing ke Kota Tinggi hilang kawalan dan bergesel pada bahagian kanan lori, dan kemudiannya terlanggar Toyota Hilux dari arah bertentangan.
KOTA TINGGI: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 60 Jalan Johor Bahru-Mersing, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian membabitkan kereta Honda Stream, lori Hino dan Toyota Hilux berkenaan pada 11.55 malam tadi.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Honda Stream dari arah Mersing ke Kota Tinggi hilang kawalan dan bergesel pada bahagian kanan lori, dan kemudiannya terlanggar Toyota Hilux dari arah bertentangan.
"Akibat kemalangan itu, pemandu kereta yang berusia 34 tahun itu mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian badan dan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penumpang kereta itu pula cedera ringan.
"Pemandu Toyota Hilux yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala sedang menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Yusof berkata, kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#seorang maut
#seorang cedera
#Jalan Johor Bahru-Mersing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami