awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang penerjun cedera, dua terselamat dalam acara terjunan BASE di Kuantan

Bernama
Bernama
26/07/2025
02:00 MYT
Seorang penerjun cedera, dua terselamat dalam acara terjunan BASE di Kuantan
Supt Mohd Adli berkata siasatan awal mendapati insiden berkenaan dipercayai berpunca daripada keadaan angin kencang dan faktor teknikal ketika proses pendaratan. - Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang penerjun cedera manakala dua lagi terselamat selepas tersasar dari lokasi pendaratan dalam acara BASE Jump Extreme Challenge bersempena dengan Pesta Kuantan 188, di sini semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Mohd Adli Mat Daud berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, Zainal Chik, 62, mengalami kecederaan akibat terhempas di kawasan bersimen di pekarangan Menara Kuantan 188.
"Penerjun itu telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini dan kini berada dalam keadaan stabil," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata seorang penerjun dari Australia Andrew Morcombe, 35, yang tersangkut di atas pokok dan peserta tempatan Manan Mahusin, 64, yang tersasar di kawasan sungai tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Pihak penganjur dan petugas keselamatan telah mengambil tindakan pantas memberikan bantuan kepada peserta," katanya.
Mohd Adli berkata siasatan awal mendapati insiden berkenaan dipercayai berpunca daripada keadaan angin kencang dan faktor teknikal ketika proses pendaratan.
Acara itu merupakan sebahagian daripada aktiviti Pesta Kuantan 188 tahun ini dan melibatkan sebanyak 17 peserta dari dalam dan luar negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penerjun cedera
#Menara Kuantan 188
#Mohd Adli Mat Daud
#angin kencang
#BASE Jump Extreme Challenge
#Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan