awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang wanita ditemukan mati di bilik penginapan dipercayai dibunuh

Bernama
Bernama
21/05/2017
23:30 MYT
Seorang wanita ditemukan mati di bilik penginapan dipercayai dibunuh
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Azhar Hamin berkata mangsa berumur lingkungan 20-an dijumpai terbaring di atas katil dalam bilik yang disewanya itu.
Seorang wanita warganegara asing ditemui mati di percayai dibunuh di sebuah bilik rumah penginapan di Jalan Dua Bandar Sandakan di sini, Ahad.
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Azhar Hamin berkata mangsa berumur lingkungan 20-an dijumpai terbaring di atas katil dalam bilik yang disewanya itu.
Katanya wanita itu mendaftar masuk ke bilik rumah penginapan itu seorang diri kira-kira jam 5 pagi hari ini selepas membayar bilik berkenaan kepada penjaga rumah penginapan tersebut.
Beliau berkata penjaga rumah penginapan berkenaan seorang wanita berumur lingkungan 60-an telah membuka pintu bilik mangsa pada sebelah pagi tadi selepas mendapati mangsa tidak keluar dari dalam bilik itu.
"Setelah membuka pintu, penjaga penginapan itu mendapati mangsa telah meninggal dunia dan memaklumkan kepada pihak polis," katanya.
Azhar berkata siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati tiada sebarang tikaman pada badan mangsa tetapi tidak menolak kemungkinan mangsa dilemaskan.
Katanya mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Duchess Of Kent untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Menurutnya orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pihak polis ditalian 089-21444 bagi membantu siasatan.
Beliau berkata pihaknya menjalankan siasatan kes itu dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#dibunuh
#mati
#Sandakan
#wanita
#warganegara asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan