awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pisah kuasa AG-PP: Wujudkan akta etika, prosedur kerja khusus Pendakwa Raya - Bersih
Mesyuarat JPT-PPIP fokus perkasa pembangunan industri tuna negara - Ahmad Zahid
RUU Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia dijangka dibentang di Parlimen Jun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sepasang 570S Coupe hasil MSO akan ke Pebble Beach

Astro Publication
Astro Publication
11/08/2015
09:58 MYT
Sepasang 570S Coupe hasil MSO akan ke Pebble Beach
Mclaren akan membawa model pertama daripada siri ‘Sports Series’ mereka iaitu 570S Coupe yang direka unik ke pameran kereta eksklusif Amerika Syarikat, Pebble Beach Concours d’Elegance yang akan diadakan akhir bulan ini.
[Model ini pertama kali muncul di pameran kereta antarabangsa New York, akhir Mac lepas]
Secara spesifik, model ini direka oleh McLaren Special Operations (MSO) iaitu cabang syarikat ini yang bertanggungjawab untuk perkhidmatan ‘personalisation’ kepada pelanggan-pelanggan mereka yang lebih teliti. Dan ada dua 570S Coupe direka khas yang akan dipamerkan di Pebble Beach – satu yang berwarna Mauvine Blue dengan penggunaan kulit hitam karbon serta kemasan yang seiring dengan warna badan kereta.
570S Coupe kedua pula berwarna Ventura Orange dan dilengkapkan dengan pelbagai perincian yang dapat diberikan pihak MSO. Dari segi prestasi, 570S Coupe ini, seperti model McLaren yang lain, menggunakan enjin M838TE turbo berkembar V8 yang menghasilkan 562hp dan 600Nm untuk tork. Kuasa ini disampaikan ke roda belakang menerusi kotak gear SSG tujuh kelajuan.
Kereta ini dikatakan mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 3.2 saat; sehingga 200km/j dalam 9.5 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum 328km/j.
Topic Berkaitan
# 570S Coupe
# Pebble Beach
#McLaren
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan