Dokumen berkaitan prosiding penyiasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu diserahkan kepada anggota PAC terlebih dahulu sebelum siasatan diteruskan.
Ahli baharu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dari PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata beliau akan mengemukakan cadangan itu kepada Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin supaya siasatan dapat dijalankan dengan lebih efisien.
"Ini merupakan prosedur yang sebetulnya. Sebelum memulakan apa-apa siasatan, ahli-ahli harus diberi akses untuk merujuk semua dokumen yang berkaitan.
"Jika kami mendengar hujah saksi dan terpaksa meneliti dokumen pada masa sama, ini adalah proses yang sukar," kata Takiyuddin, yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.
Mengulas mengenai siasatan 1MDB, Takiyuddin melihat tanggungjawab yang digalas semua anggota PAC kini semakin berat
"Ada harapan yang besar daripada rakyat untuk PAC menyelesaikan penyiasatan ini dengan keputusan yang realistik," jelas beliau.
Atas sebab itu, beliau menyuarakan sokongan terhadap cadangan mengangkat sumpah simpan rahsia bagi ahli PAC.
"Sebagai ahli PAC, kita harus mengetahui butiran mana yang boleh didedahkan kepada umum.
"Namun, ini tidak bermakna anggota PAC tidak boleh bercakap langsung," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Sementara itu, dua ahli PAC baharu dari Barisan Nasional turut menyatakan kesediaan untuk mengangkat sumpah simpan rahsia.
Ahli Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad berkata dengan pelantikan ini, beliau akan memberi sepenuh perhatian dan masa kepada memenuhi amanah yang diberi.
"Oleh itu, saya berpendapat PAC harus memberi penekanan kepada isu-isu sensitif yang melibatkan kewangan negara," kata Nawawi.
Bagi Ahli Parlimen Jasin Datuk Ahmad Hamzah pula, siasatan yang dibuat harus dilakukan dengan pemikiran terbuka.
"Kita tidak sepatutnya letakkan hukuman sebelum siasatan selesai," kata Ahmad.
Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Mon Oct 26 2015
TAKIYUDDIN: Jika kami mendengar hujah saksi dan terpaksa meneliti dokumen pada masa sama, ini adalah proses yang sukar. -Gambar fail
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.