awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serah kuasa lulus projek bawah RM50 juta tanda hormat perjanjian MA63 - Warisan

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2023
08:39 MYT
Serah kuasa lulus projek bawah RM50 juta tanda hormat perjanjian MA63 - Warisan
Mohd Shafie berkata, Parti Warisan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Perdana Menteri terhadap impian penduduk Sabah yang sudah lama ingin melihat Perjanjian Malaysia 1963 dilaksanakan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keputusan memberi kuasa kepada kerajaan Sabah dan Sarawak memutuskan projek bernilai RM50 juta ke bawah merupakan salah satu usaha memartabatkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Mohd Shafie berkata, pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu merupakan satu berita baik bagi kerajaan Sabah dan Sarawak.
"Ini menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan sekarang untuk memartabatkan Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63.
"Parti Warisan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Perdana Menteri terhadap impian penduduk Sabah yang sudah lama ingin melihat Perjanjian Malaysia 1963 dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet petang ini, Anwar memaklumkan Jemaah Menteri menyerahkan kuasa meluluskan projek-projek bernilai bawah RM50 juta kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak.
MA63 | Sabah, Sarawak diberi kuasa luluskan projek bawah RM50 juta
Mengambil contoh projek pembangunan melibatkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Anwar menegaskan, ia tidak perlu menunggu kelulusan Kerajaan Persekutuan.
Hujah Anwar, keputusan itu dibuat bagi mengelak kerenah birokrasi yang menyebabkan banyak projek JKR di Sabah dan Sarawak tidak dapat dilaksanakan.
Topic Berkaitan
#Sabah
#Sarawak
#Perjanjian Malaysia 1963
#MA63
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#Mohd Shafie Apdal
#Parti Warisan
#JKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan