awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serah siasatan pegawai kanan DBKL kepada SPRM - Dr Zaliha

Bernama
Bernama
08/06/2024
09:15 MYT
Serah siasatan pegawai kanan DBKL kepada SPRM - Dr Zaliha
Dr Zaliha mengingatkan semua kakitangan dan pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk sentiasa menjaga tatakelola dan integriti dalam melaksanakan tugas. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), untuk menyiasat dakwaan pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengutip sogokan secara bulanan.
Beliau juga mengingatkan semua kakitangan dan pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, untuk sentiasa menjaga tatakelola dan integriti dalam melaksanakan tugas.
"Akhirnya kita lihatlah apa siasatan SPRM nanti, tidak kira (melibatkan) kesalahan apa (sama ada) ambil insentif atau mana-mana tatakelola yang tidak bagus.
"Dalam budaya kerja, saya sering mengingatkan dan menekankan nilai integriti kerana pada akhirnya kita mahu memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat dan memastikan tiada yang mengambil peluang, menggunakan kedudukan atau (mengamalkan) tatakelola yang tidak baik," katanya.
Dr Zaliha berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Waste-To-Wealth Wilayah Persekutuan, di Perumahan Awam (PA) Seri Pulau Pinang di sini hari ini.
Turut hadir Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Hari ini, media melaporkan SPRM menahan seorang pegawai kanan PBT berusia dalam lingkungan 40-an pada Khamis lepas, bagi membantu siasatan dakwaan mengutip sogokan bulanan daripada perniagaan yang dikendalikan warga asing di pusat bandar raya ini.
Mengulas mengenai program hari ini, Dr Zaliha berkata inisiatif tersebut dilaksanakan menerusi Program 1 Komuniti 1 Kitar Semula (1C1R) yang berkonsepkan sistem barter, membolehkan komuniti menukar barang kitar semula kepada barangan keperluan dapur ditetapkan DBKL.
"Setiap hari bandar raya ini menghasilkan 2,300 tan sisa pepejal. DBKL pula memperuntukkan RM260 juta setahun untuk pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, dan ini bukan nilai yang sedikit.
"Oleh itu, inisiatif ini diharap mengubah persepsi masyarakat iaitu sampah sebagai sumber tak berguna, sebaliknya boleh mendatangkan keuntungan dan manfaat jika diuruskan bersama dengan baik," katanya.
Dr Zaliha berkata terdapat empat kios 1C1R telah diwujudkan di sekitar Kuala Lumpur iaitu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, PA Seksyen 2 Wangsa Maju, PPR Seri Alam dan PA Seri Kota.
Beliau berkata empat lagi kios akan diwujudkan iaitu di PA Seri Pulau Pinang, PPR Pinggiran Bukit Jalil, PPR Kerinchi dan di PPR Muhibbah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zaliha Mustafa
#pegawai DBKl
#SPRM
#Rasuah
#kutipan bulanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan