awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seramai 455 individu ditahan ingkar PKP - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
21/11/2020
09:00 MYT
Seramai 455 individu ditahan ingkar PKP - Ismail Sabri
Kata Ismail Sabri, Op Benteng berjaya menahan 28 PATI yang cuba memasuki sempadan negara. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Seramai 455 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam dan daripada jumlah itu 427 individu telah dikompaun.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dari jumlah itu, 427 individu dikompaun, 27 direman dan seorang dijamin selepas ingkar arahan PKP.
"Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (206) dan aktiviti pusat hiburan (72).
"Selain itu kesalahan lain adalah tidak memakai pelitup muka (63), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (59), rentas negeri/daerah PKPB tanpa kebenaran (21) dan lain-lain (34)," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu katanya, Op Benteng berjaya menahan 28 pendatanng tanpa izin (PATI) yang cuba memasuki sempadan negara.
"Sebanyak 306 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan semalam yang melibatkan ATM (242), PDRM (54) dan AKSEM (10)," ujarnya.
Katanya lagi, 404 individu telah dihantar ke hospital manakala 10,396 individu sedang menjalani kuarantin wajib.
"Sejak 24 Julai sehingga 20 November 2020, seramai 72,062 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua telah ditempatkan di 72 Hotel dan 19 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta.
"Ia terletak di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan. Seramai 61,262 individu telah dibenarkan pulang," katanya.
Katanya lagi, pegawai penguatkuasa KPDNHEP juga telah membuat 654 pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan termasuk peruncit (483), pemborong (140) dan pengilang (31).
Topic Berkaitan
#PDRM
#hotel
#PKP
#rentas negeri
#hiburan
#pati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan