Seramai 8,042 orang dikenal pasti menghidap penyakit dan pembawa talasemia dalam negara sehingga Disember tahun lepas.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ini berdasarkan laporan 'Malaysian Thalassaemia Report' yang buat pertama kali diterbitkan, yang menunjukkan lebih 5,000 pesakit daripada jumlah itu dikesan berada pada tahap kritikal yang memerlukan rawatan berkala melalui pemindahan darah.
"Dalam konteks Malaysia, seorang dalam 20 warganegara kita adalah pembawa genetik talasemia. Nisbah itu agak tinggi dan serius... tetapi pada masa yang sama, kepanjangan hayat pesakit talasemia ada menunjukkan peningkatan.
"Ini adalah satu penunjuk yang positif, menunjukkan keberkesanan perubatan rawatan kita," katanya pada sidang media Hari Talasemia Kebangsaan 2019 (National Thalassaemia Day 2019) di sini pada Sabtu.
Tambahnya peningkatan jangka hayat pesakit membuktikan bahawa rawatan serta teknologi terkini berhasil membantu pesakit menikmati jangka hayat yang lebih lama sehingga ke usia lebih 40 tahun.
Dr Dzulkefly berkata bagaimanapun kerajaan perlu membelanjakan RM3 juta bagi kos rawatan setiap pesakit sepanjang hayat mereka dan kos itu juga semakin meningkat.
Sehubungan itu katanya, bagi mengawal penyakit genetik itu daripada terus meningkat, rakyat seharusnya mengetahui status talasemia mereka dengan menjalani ujian saringan talasemia.
"Mahu atau tidak mahu...kita perlu imbas saringan, dan menggalakkan setiap pasangan tidak berkahwin sesama pembawa genetik talasemia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2019
Dr Dzulkefly melihat ubat-ubatan bagi penyakit talassemia selepas merasmikan Hari Talassemia Nasional di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur, 4 Mei, 2019. --fotoBERNAMA
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Taman Eko Rimba KL berpotensi jadi tarikan pelancong - Nik Nazmi
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas berpotensi untuk dibangun dan dipromosikan sebagai satu lagi tarikan di ibu kota, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Arsenal tidak akan menjadi juara liga - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo, berkongsi pendapatnya dengan menjelaskan bahawa Arsenal tidak akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
[TERKINI] KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau dengan teliti trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 yang dilaporkan oleh Singapura baru-baru ini.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki nombor satu Malaysia Lee Zii Jia selangkah untuk memenangi gelaran pertamanya tahun ini.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Sebanyak 84 balai bomba baharu diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti, kemampuan dan kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyalurkan perkhidmatan kepada masyarakat di seluruh negara.
Kestabilan politik bawa kemajuan di Sarawak - Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
Tiada cadangan tarik balik laporan polis - Naim Daniel
PENYANYI Naim Daniel menyerahkan segala urusan kepada pihak polis selepas individu yang mengugut bunuh ibu bapanya ditahan baru-baru ini.
KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
KKM akan terus memantau keadaan tersebut dan sistem kesihatan ketika ini bersedia untuk menghadapi sebarang lonjakan kes.
987 bayi didiagnosis masalah pendengaran pada 2023 - Dr Dzulkefly
Sebanyak 987 daripada 253,822 bayi yang disaring menerusi Program Saringan Pendengaran Bayi Universal (UNHS) pada 2023 didiagnosis mengalami masalah pendengaran.
KKM kuat kuasa Akta 852, tangani penggunaan rokok elektronik babit golongan muda
Kementerian Kesihatan akan menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) sepenuhnya pada Jun depan.
Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
Menteri Kesihatan mengarahkan supaya doktor pelatih segera ditempatkan kembali ke hospital-hospital daerah yang memerlukan.
401 projek naik taraf klinik dan fasiliti kesihatan sedang disiapkan - Dr Dzulkefly
Sebanyak 401 projek melibatkan menaik taraf klinik dan fasiliti kesihatan daif di seluruh negara sedang disiapkan pada tahun ini.
KKM sasar sifar kes kusta menjelang 2030
Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan sifar kes kusta tempatan baharu menjelang 2030, kata Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
KKM jalankan kajian perancangan sumber manusia di fasiliti awam
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan kajian menyeluruh berhubung perancangan keperluan sumber manusia di fasiliti kesihatan kerajaan.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
PM Anwar lawat Mutang Tagal di IJN
Perdana Menteri hari ini melawat Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal, yang kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara.