awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pengusaha makanan, katering ditipu sindiket guna nama IPK Johor
Lapan maut, beberapa orang hilang dalam kebakaran gudang di Bengal Barat, India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serang anggota polis, 20 warga Nigeria mengaku tidak bersalah

Astro Awani
Astro Awani
07/08/2019
10:27 MYT
Serang anggota polis, 20 warga Nigeria mengaku tidak bersalah
Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di bawah Blok F, Pangsapuri Flora Damansara, jam 11.12 malam pada 28 Julai lalu.
Seramai 20 lelaki warga Nigeria dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas empat pertuduhan termasuk menyerang pegawai dan anggota polis dalam serbuan di Pangsapuri Flora Damansara, di sini bulan lalu.
Bagaimanapun, kesemua tertuduh berusia 24 hingga 38 mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris.
Semua tertuduh ialah Onorwu Chimuanyi Vincent, Augustine Ekene Okora, Onyeikpe Uzoma Onyekachi, Ndubuisi Osuagwu, Uchenna Stanley Ayozie, Chibuzo Kingsley Orji, Onyiyedi George Oboduagy, Eberredu Daniel Chima, Okeke Charses, Obilor Macdennis Chinemerem, Osuji Chimobi, Chinedu Aligwe, Kabuye Christian, Nwokenna Tochukwu Nwabueze, Chibuzo Goodluck, Okeke Chinedu Darling Ton, Charlse Uche Anyanwy, Ususledrock Onyedikachi, Mathew Kelechi Cletus dan Anoka.
Berdasarkan pertuduhan pertama, 10 tertuduh iaitu Onorwu Chimuanyi Vincent, Augustine Ekene Okora, Onyeikpe Uzoma Onyekachi, Ndubuisi Osuagwu, Uchenna Stanley Ayozie, Chibuzo Kingsley Orji, Onyiyedi George Oboduagy, Eberredu Daniel Chima, Okeke Charses dan Obilor Macdennis Chinemerem didakwa mengganggu ketenteramam awam dengan melakukan rusuhan.
Mereka didakwa dengan empat pertuduhan termasuk menyerang pegawai dan anggota polis dalam serbuan di pangsapuri Flora Damansara, di sini bulan lalu.
Mereka juga didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada empat pegawai polis ketika menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat awam.
Bagi pertuduhan ketiga, mereka didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan empat pegawai polis.
Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di bawah Blok F, Pangsapuri Flora Damansara, jam 11.12 malam pada 28 Julai lalu.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan, Seksyen 332 dan Seksyen 353 kanun sama.
Topic Berkaitan
#flora damansara
#kes mahkamah
#PDRM
#pendakwaan
#polis
#serang polis
#warga afrika
#warga nigeria serang polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan