awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serang penguat kuasa dekat Jambatan Angkat Terengganu, 2 lelaki ditahan polis

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
19/07/2022
15:44 MYT
Serang penguat kuasa dekat Jambatan Angkat Terengganu, 2 lelaki ditahan polis
Siasatan polis mendapati berlaku pertengkaran mulut sebelum mangsa dipercayai diserang oleh suspek. - Gambar/ Media sosial
KUALA TERENGGANU: Dua lelaki termasuk remaja 17 tahun ditahan selepas dipercayai mencederakan seorang penguat kuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang menjalankan rondaan bersama tujuh lagi rakannya.
Insiden berlaku berhampiran Jambatan Angkat, di sini, kira-kira jam 11.30 malam Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, remaja terbabit dan seorang lagi suspek berusia 33 tahun direman selama tiga hari bermula hari ini.
Katanya, ketika kejadian mangsa berusia 36 tahun sedang melakukan rondaan rasmi sebelum mengesan sekumpulan peniaga tidak berlesen.
Katanya mangsa bersama rakannya menghampiri kumpulan peniaga itu dan menasihati mereka untuk beredar.
"Berikutan itu berlaku pertengkaran mulut sebelum mangsa dikatakan diserang dan ditumbuk suspek yang juga merupakan ahli keluarga peniaga terbabit.
"Rakan sekerja mangsa cuba meleraikan pergaduhan itu dengan membawa mangsa masuk ke dalam van bagi mengelak kejadian lebih buruk berlaku," katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.
Abdul Rahim berkata susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan ringan di pipi serta kepala dan menerima rawatan pesakit luar.
Jelasnya kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam.
Topic Berkaitan
#MBKT
#serang penguat kuasa MBKT
#jambatan angkat
#kes tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan