JOHOR BAHRU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain hari ini meninjau Balai Polis Ulu Tiram, di sini, yang terlibat dalam kejadian serangan awal pagi tadi.

Beliau yang tiba pada 11 pagi, diiringi Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar dan beberapa pegawai dari Bukit Aman, diberikan taklimat mengenai insiden itu.

Dalam kejadian 2.45 pagi itu, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis dan suspek yang berusia lingkungan 30-an, manakala seorang lagi anggota cedera.

Jenazah dua anggota dan suspek serta mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Ismail di sini.

Bedah siasat sedang dijalankan. - BERNAMA