awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hutan Percha berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan rekreasi
LKIM perkukuh pembangunan akuakultur, jamin bekalan ikan negara
Sabah jana RM8.74 bilion hasil pelancongan 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan bom pengganas di Mekah 23 Jun 2017

Bernama
Bernama
24/06/2017
12:15 MYT
Serangan bom pengganas di Mekah 23 Jun 2017
Keganasan merupakan ancaman global dan serangan di Mekah ini sekali lagi menunjukkan pentingnya masyarakat antarabangsa bersatu dalam menanganinya. - Gambar fail
Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom berani mati yang berlaku di Kota Suci Mekah pada Jumaat, 23 Jun 2017 yang berlaku berhampiran dengan Masjidil Haram. Serangan ini telah mencederakan 11 orang iaitu termasuk 5 orang pegawai polis Arab Saudi. Sehingga kini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam serangan tersebut.
Kerajaan Malaysia merakamkan takziah dan simpati kepada Kerajaan dan rakyat Arab Saudi dan keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan ini. Serangan pengganas ini adalah lebih tragik memandangkan ianya berlaku dalam bulan Ramadan.
Keganasan merupakan ancaman global dan serangan di Mekah ini sekali lagi menunjukkan pentingnya masyarakat antarabangsa bersatu dalam menanganinya.
Kementerian Luar Negeri, melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi akan terus memantau situasi ini.
Untuk sebarang kecemasan atau maklumat lanjut, alamat dan nombor telefon Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi adalah seperti berikut:
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah Lot 241, Al-Mualiffin Street Al Rehab District P.O Box 593 21421 Jeddah ARAB SAUDI Tel: 0096612 6727740 0096612 6728019 Faks: 0096612 6760877 Emel: [email protected]
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#bom
#Kementerian Luar
#Mekah
#serangan berani mati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan