awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendekatan WEL angkat graduan IUC ke pasaran kerja
JDT sambar khidmat bekas pemain sayap B-20 Brazil
Permit bazar Ramadan: PM gesa PBT henti guna orang tengah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan di Gaza: Kempen Solidariti Palestin diperhebat di Sungai Manik

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
16/05/2021
02:55 MYT
Serangan di Gaza: Kempen Solidariti Palestin diperhebat di Sungai Manik
Bendera Malaysia yang digabungkan dengan bendera Palestin dipasang di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Sungai Manik. - Foto Astro AWANI
TELUK INTAN: Susulan inisiatif kumpulan belia di Sungai Manik menaikkan bendera Palestin pada Jumaat, lebih banyak bendera dipasang di sekitar kawasan tersebut sebagai tanda solidariti kepada Gaza yang ketika ini diserang Israel.
Antara lain, Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manik turut mengambil langkah sama bagi menunjukkan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Ahli DUN (ADUN) Sungai Manik Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, kakitangan pusat khidmat terbabit menjahit sendiri 10 bendera Palestin untuk dipasang di sekitar kawasan itu.
“Salah satunya dipasang di hadapan Pusat Khidmat DUN Sungai Manik ini bagi menandakan sokongan dan simpati kepada rakyat Palestin di atas penindasan yang dibuat Israel terhadap mereka,” katanya.
Beliau ditemui ketika meninjau kerja-kerja pemasangan bendera Malaysia dan Palestin di pusat khidmat tersebut malam tadi.
Pada Jumaat, sekumpulan anak muda memasang bendera Palestin di simpang tiga Taman Manik sebagai tanda sokongan terhadap umat Islam yang tertindas di Gaza.
Sehingga Sabtu, sekurang-kurangnya 139 penduduk Palestin, termasuk 39 kanak-kanak, terkorban di Semenanjung Gaza sejak serangan pada Isnin, dengan seramai 950 yang lain cedera.
Topic Berkaitan
#Gaza
#Israel
#ADUN
#Kanak-kanak
#serangan
#cedera
#rakyat
#Malaysia
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan