awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan di Lubnan: Tiada kemalangan jiwa, kerosakan aset di bawah pasukan MALBATT

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
17/10/2024
03:30 MYT
Serangan di Lubnan: Tiada kemalangan jiwa, kerosakan aset di bawah pasukan MALBATT
Mohamed Khaled berkata tahap keselamatan semasa pasukan MALBATT adalah selamat dan tiada sebarang kemalangan jiwa serta kerosakan aset - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat diberitahu bahawa keadaan pegawai dan anggota Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 di Lubnan masih dalam keadaan terkawal.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tahap keselamatan semasa pasukan adalah selamat dan tiada sebarang kemalangan jiwa serta kerosakan aset di kawasan yang dijaga oleh MALBATT sepanjang tempoh perang antara kumpulan Hezbollah dan Israel.
"Semua pasukan di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL), termasuk MALBATT 850-11 yang beroperasi di selatan Luban telah diarah tidak melaksanakan operasi rondaan atau pergerakan logistik serta kekal di penempatan masing-masing.
"Mengambil kira keselamatan petugas, pasukan UNIFIL telah mengaktifkan perlindungan di kawasan kubu mengikut prosedur yang ditetapkan sehingga keadaan terkawal.
"Seperti yang saya tegaskan pada 14 Oktober lalu, Kementerian Pertahanan akan terus memantau keadaan di selatan Lubnan dan akan kemas kini perkembangan melibatkan pasukan MALBATT 850-11," katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN- Tanah Merah) mengenai situasi keselamatan pasukan MALBATT dalam misi pengaman UNIFIL di Lubnan dengan mengambil kira perkembangan terkini serangan tentera Israel dan amaran daripada Perdana Menteri Israel, Benjamin Nentanyahu supaya pasukan UNIFIL segera meninggalkan selatan Lubnan.
Jelas Mohamed Khaled, pengiliran atur gerak terbaharu pasukan MALBATT 850-11 adalah dari 14 November 2023 hingga 14 November 2024 melibatkan seramai 853 anggota dan pegawai.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Kementerian Pertahanan
#MALBATT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan