Skip to main content

Gaya Hidup

Serangan di Paris: #JeSuisCharlie trending

61420690302_295x200.jpg
#JeSuisCharlie terus trending di Twitter susulan insiden menembak mati 12 orang di pejabat akhbar satirikal Perancis, Charlie Hebdo pada Rabu.

Je Suis Charlie yang bermaksud “Saya Charlie” dalam Bahasa Perancis, menunjukkan sokongan kepada akhbar satirikal berkenaan.

Ia juga menunjukkan sokongan kepada kebebasan media, di mana rakyat Perancis berikrar mereka tidak akan berdiam diri.

 



Mesej tentang kebebasan media ini turut mendapat perhatian organisasi media antarabangsa, yang turut menyokong kempen #JeSuisCharlie:






Beberapa bintang Hollywood turut bersimpati dengan kejadian itu di Twitter.

Selain mempertahankan kebebasan media dan bersuara:




Dalam insiden Rabu, 12 terbunuh termasuk Ketua Pengarang akhbar Charlie Hebdo selepas sekumpulan lelaki menyerbu pejabat itu dan melepaskan tembakan.

Mereka kemudiannya melarikan diri dan kini sedang diburu pihak berkuasa.

Ia mendapat kecaman keras dari Presiden Perancis, Francois Hollade.

Beliau berkata, “Tiada tindakan kejam akan memadamkan kebebasan media. Kami adalah sebuah negara yang bersatu padu yang akan bertindak balas sebagai satu. "


Perdana Menteri Britain David Cameron turut tweet dan berkata negara itu bersama rakyat Perancis  selain akan terus mempertahankan kebebasan bersuara:

Advertisement

Must Watch Video