Serangan terhadap Haresh Deol: Serangan terhadap kewartawanan, ketelusan dan hak masyarakat - PRCA Malaysia

PRCA Malaysia berpandangan insiden ini menunjukkan keperluan siasatan menyeluruh dan telus tanpa rasa takut, untuk memastikan keadilan sejagat. - PRCA Malaysia
PERSATUAN Perhubungan Awam dan Komunikasi (PRCA) Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan terhadap wartawan berpengalaman dan pemenang anugerah, Haresh Deol, di Bangsar. Tindakan ganas terhadap seorang wartawan bukan sekadar perbuatan pengecut, tetapi satu ancaman terus kepada hak masyarakat untuk mendapatkan maklumat yang benar dan bebas.
Ringkasan AI
- PRCA Malaysia mengecam serangan terhadap wartawan Haresh Deol di Bangsar sebagai ancaman terhadap hak masyarakat untuk maklumat yang benar.
- Insiden ini menunjukkan keperluan siasatan menyeluruh dan telus tanpa rasa takut, untuk memastikan keadilan sejagat.
- PRCA Malaysia menegaskan bahawa melindungi wartawan adalah melindungi kebenaran, kepercayaan awam, dan maruah negara.
PRCA Malaysia berdiri teguh bersama Haresh, bersama NPC, dan bersama semua wartawan yang tetap menjalankan tugas meskipun terdedah kepada risiko yang tidak sepatutnya wujud. Media adalah institusi demokrasi – sama pentingnya dengan badan kehakiman, pasukan keselamatan dan institusi berperlembagaan lain.Kami medesak pihak berkuasa mengambil tindakan segera, tegas, terbuka dan berani.
Masyarakat menuntut keadilan yang nyata – bukan janji yang pudar, bukan siasatan yang terhenti separuh jalan. Serangan terhadap seorang wartawan adalah amaran keras bahawa batas demokrasi sedang diuji. Jika kita gagal menangani insiden seperti ini dengan ketegasan, kita sebenarnya membuka pintu kepada lebih banyak keganasan dan lebih sedikit kebenaran.
Isyaratnya mesti jelas: Mana-mana pihak yang mengugut, mencederakan atau cuba menutup suara wartawan akan berdepan tindakan undang-undang tanpa kompromi. Tiada perlindungan, tiada pengecualian, tiada alasan. Keganasan terhadap wartawan adalah serangan terhadap kepercayaan awam, dan ia tidak boleh dibiarkan.
Media yang bebas ialah nadi ketelusan negara. Melindungi wartawan bermakna melindungi kebenaran, kepercayaan awam dan maruah negara sendiri.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


