Tiada pengesahan diterima daripada Indonesia tentang kemungkinan serpihan pesawat MH370 ditemui di perairan negara itu, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Ruhaizah Mohamed Rashid.
Beliau berkata sekiranya benar serpihan pesawat itu ditemui, sudah tentu pihak Indonesia akan menghubungi pihak Malaysia.
"Hubungan rapat antara kedua-dua negara dapat memberi jaminan jika ada sebarang maklumat berkaitan pesawat itu pastinya akan terus dimaklumkan kepada kerajaan Malaysia", katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat kepada media tentang status terkini pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac, di sini hari ini.
Taklimat disampaikan Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Judith Zielke dan jurucakap Biro Keselamatan Pengangkutan Australia Peter Foley.
Ruhaizah berkata untuk proses pengecaman sebarang serpihan dipercayai daripada pesawat itu yang ditemui di mana-mana, ia akan dibawa ke Australia untuk diambil gambar dan dihantar kepada pihak syarikat Boeing untuk tujuan pengesahan.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac setelah berlepas kira-kira sejam dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Misi mencari pesawat itu sedang giat dijalankan di selatan Lautan Hindi, tempat pesawat itu dipercayai 'berakhir'.
Mengenai operasi pencarian pesawat itu, Ruhaizah berkata semua pihak mengharapkan pencarian MH370 akan berhasil sebagaimana pencarian Air France, dalam masa terdekat.
"Sistem pencarian iaitu 'bathymetric survey' yang digunakan pada masa sekarang adalah lebih kurang sama dengan sistem pencarian Air France, pengenalpastian akan bergantung kepada serpihan yang dijumpai sebab sekarang ini kita masih tidak ada sebarang petunjuk.
"Jadi kita ada maklumat dan data maka berdasarkan itu kita analisis dan jika kita dapat serpihan, itu akan lebih jelas (pencarian). Jadi kita mengharapkan ada serpihan yang akan ditemui," katanya.
Ruhaizah berkata faktor kawasan pencarian yang sangat luas juga menyukarkan misi pencarian dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
'Tapi Alhamdulillah, sekarang cuaca semakin baik di selatan Lautan Hindi, jadi kita berharap dengan peralatan dan kapal yang ada, kita akan dapat mencari sekurang-kurangnya serpihan pesawat bagi menunjukkan di mana lokasi kapal terbang itu," katanya.
Bernama
Fri Oct 24 2014
Kenderaan bawah air autonomi (AUV) Bluefin-2 yang dilancarkan dari kapal Fugro Discovery dalam misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370. - Foto AFP
Dua lelaki tak mengaku rompak, menyamar polis
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang lelaki, minggu lalu.
Pembinaan LRT Pulau Pinang tidak melibatkan tanah yang banyak
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Kerajaan Negeri P.Pinang telah kenal pasti jajaran tersebut dan meminimakan pengambilan tanah dan tidak melibatkan bangunan-bangunan yang banyak.
Kemalangan: 45 maut kemalangan bas di Afrika Selatan
Seramai 45 maut dan seorang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Mamatlakala di wilayah utara Limpopo, Afrika Selatan, pada Khamis.
'Fast track' Mahkamah Syariah selesai kes cerai dalam masa sehari
Perkhidmatan laluan pantas atau 'fast track' Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan yang diperkenalkan pada 2021 berjaya menyelesaikan kes antaranya cerai dalam masa sehari.
Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM
Jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya dibebaskan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu beberapa hari sebelum tarikh akhir pembayaran wang tebusan sebanyak $690,000 dolar.
Pembinaan Projek LRT Laluan Mutiara disasarkan bermula tahun ini
Kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke, pelaksanaan keseluruhan projek dijangka memerlukan tempoh masa lebih kurang enam tahun dan disasarkan beroperasi pada tahun 2030.
Pegawai kanan polis lindungi kegiatan haram tidak bergerak solo - SPRM
Pegawai kanan polis yang ditahan kerana menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara baru-baru ini berkemungkinan besar tidak menjalankan aktiviti itu secara solo.
Sumbangan Ahmad Rejal tinggal kesan mendalam dalam dunia kewartawanan negara - Anwar
Anwar menyifatkan sumbangan Allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed Isa Arbee meninggalkan kesan mendalam dalam dunia akhbar dan kewartawanan di Malaysia.
Tiada ‘free lunch’ untuk penambahan tol
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata keputusan untuk tidak menambah tol menjelang sempena Hari Raya Aidilfitri adalah muktamad.
Demam denggi ragut 316 nyawa di Indonesia pada Februari
Sekurang-kurangnya 316 orang maut akibat demam denggi berdarah di Indonesia setakat Februari tahun ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dante Saksono Herbuwono.
1 maut, 9 hilang dalam tanah runtuh di Jawa Barat, Indonesia
Seorang maut manakala sembilan lagi, termasuk kanak-kanak hilang selepas tanah runtuh melanda sebuah kampung di wilayah Jawa Barat Indonesia pada Ahad.
Prabowo-Gibran diumumkan pemenang rasmi Pilpres 2024
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) mengumumkan Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden dan Naib Presiden (Pilpres) 2024.
Duta besar galak syarikat Malaysia melabur di Kalimantan Timur
Beliau berhasrat meneroka peluang mengukuhkan kerjasama ekonomi dan hubungan persahabatan Malaysia-Indonesia dalam rangka kerja ASEAN.
Wooi Yik akui Fajar-Rian beraksi lebih baik
Biarpun beberapa kali menukar taktikal permainan, namun Wooi Yik mengakui, pukulan balas berkualiti lawan menyukarkan mereka.
Hon Jian-Haikal ungguli Orleans Masters 2024
Hon Jian-Haikal menewaskan Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani 21-15, 18-21, 21-14 dalam aksi final selama 54 minit.
Tiga beranak dipukul kerana selisih faham kerja
Dalam kejadian 2.30 petang itu, mangsa yang juga warga Indonesia telah didatangi suspek yang membawa sebatang besi.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Indonesia gagal dapatkan semula dua pemain penting
Masalah kertas kerja akan menghalang Thom Haye dan Ragnar Oratmangoen daripada bermain untuk Indonesia bagi kelayakan Piala Dunia.
Mampukah EU selamatkan hutan dan pastikan pekerjaan di Malaysia terjamin?
Langkah EU melarang sebarang aktiviti import barangan yang dikaitkan dengan penebangan hutan dianggap sebagai standard baharu yang bagus untuk iklim, bagi sesetengah pihak.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.