Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa rakyat menyesuaikan diri dengan teknologi baharu agar mereka tidak ketinggalan dalam dunia baharu.
Berucap di majlis iftar Persatuan Murid-murid Tua Kolej Sultan Abdul Hamid (SAHOCA) di sini pada Isnin, beliau berkata dunia kini menempuh zaman baharu di mana pembelajaran di sekolah dilakukan mengikut cara berlainan, bukan seperti ketika beliau di sekolah dulu.
"Hari ini kita menggunakan komputer dan benda-benda seperti itu bagi mengajar di sekolah dan saya harap mereka dapat menyesuaikan diri dengan sistem baharu pembelajaran ini.
"Saya percaya bila sesuatu sistem baharu dipakai oleh kerajaan, ini akan memudahkan kanak-kanak yang belajar hari ini," kata beliau.
Turut hadir isteri perdana menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Dr Mahathir yang juga presiden seumur hidup SAHOCA, mengingati pertemuannya dengan seorang gadis berusia 10 tahun di sebuah syarikat yang mengajar beliau menggunakan komputer.
"Dia tahu lebih banyak, malahan dia mengajar saya sesuatu yang agak baharu dan dia begitu tangkas menggunakan komputer.
"Dia ajar saya bagaimana melakukannya, tapi saya masih tidak tahu bahagian mana perlu saya sentuh, tarik dan sebagainya," kata beliau dan menambah tidak mudah bagi orang tua seperti beliau memahami teknologi baharu.
Dr Mahathir juga mengimbau peristiwa beliau menjelaskan kepada ibunya tentang bagaimana radio berfungsi selepas bapanya membeli alat itu semasa beliau anak kecil.
"Saya beritahu ibu saya bahawa radio menerima berita dari udara. Tidak ada wayar yang menghubungkan radio dengan stesen penyiaran. Tapi beliau (ibunya) tidak percaya," kata Dr Mahathir.
Mujurlah, kata beliau generasi muda hari ini boleh menggunakan teknologi baharu kerana ia bukan sesuatu yang anih bagi mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2019
TUN M: Hari ini kita menggunakan komputer dan benda-benda seperti itu bagi mengajar di sekolah dan saya harap mereka dapat menyesuaikan diri dengan sistem baharu pembelajaran ini. - Gambar fail/BERNAMA
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Kemas kini akan datang Windows 11 wajibkan sokongan set arahan POPCNT
Ia kini memerlukan sesebuah CPU untuk menyokong set arahan POPCNT untuk membolehkan kemas kini tersebut dimuat turun dan dipasang.
Kadar capaian internet meningkat kepada 95.5 peratus pada 2021 - Perangkaan
Peratusan capaian isi rumah kepada internet meningkat kepada 95.5 peratus pada 2021 berbanding 91.7 peratus pada 2020.
HEP UiTM santuni isu 'mahasiswa B40 viral'
HEP UiTM juga jelasnya sentiasa cakna dan ambil peduli akan permasalahan mahasiswa, khususnya golongan mahasiswa B40 di UiTM.
Memahami metaverse, superkomputer dan AI
Metaverse ialah detik penting dalam dunia realiti lanjutan, dunia yang menghampiri 'kehidupan kedua' yang telah lama diramalkan.
Kedai buku, alat tulis, telekomunikasi dibenar beroperasi bermula esok
Kerajaan bersetuju membenarkan operasi kedai komputer, telekomunikasi, kedai buku dan alat tulis sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 16 Julai 2021.
Anak muda kumpul dana lebih RM50,000 beli komputer riba buat pelajar miskin
Lebih 100 pelajar kurang berkemampuan di sekitar Petaling Jaya bakal menerima komputer riba.
Ops Catut : 180 premis jual alat elektronik diberi notis NPMB
Notis tersebut dikeluarkan sehingga semalam menerusi Ops Catut 8.0 (Kelengkapan Elektronik dan Komunikasi) yang bermula 25 Januari 2021 hingga 7 Februari depan.
PdPR: Tiga beradik daki bukit 20 minit untuk akses internet
Kegigihan tiga beradik semata-mata untuk menimba ilmu.
PERMAI: Pelepasan cukai khas, pemberian data percuma dilanjutkan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia membabitkan pelepasan cukai khas sehingga RM2,500.
Isu kemiskinan digital perlu diberi keutamaan - Salleh
Ahli Dewan Undangan Negeri Usukan Datuk Seri Salleh Said Keruak mahu kerajaan Sabah mencari penyelesaian terbaik kepada isu kemiskinan digital, dari segi penyediaan prasarana teknologi maklumat dan