KUALA LUMPUR: Segala pelan pendigitalisasian yang dirancang sebagai usaha menambah baik kehidupan rakyat tidak akan berjaya sekiranya setiap anggota masyarakat tidak mempunyai minda digital.
Kata Setiausaha Agung Kebangsaan Junior Chamber International Malaysia, Nicholas Tan Check Foong, semua orang perlu percaya pada manfaat dunia digital yang menjadi penggerak kepada dunia hari ini dan masa depan.
Jelasnya, kerajaan sudah pun berusaha dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk melonjak potensi negara dengan pendigitalan, namun ia tidak boleh bertepuk sebelah tangan.
“Kita sudah ada segala pelan dan tawaran digital daripada kerajaan tapi minda dan pemikiran digital dalam diri setiap individu amat penting.
“Kalau kita tidak percaya kepada (potensi) digital, tiada gunanya kerana kita tidak tahu memanfaatkannya,” katanya dalam program Dialog Anak Muda pada Jumaat.
Sepertimana diumumkan dalam Belanjawan 2023, sejumlah RM2.737 bilion akan disalurkan kepada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk menggerakkan inisiatif pendigital bagi merealisasikan matlamat Dekad Keemasan Ekonomi Digital.
Antaranya dengan memperkasa peranan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dengan mewujudkan sekurang-kurangnya satu PEDi di setiap DUN untuk membantu usahawan kecil memacu perniagaan dengan ICT dan e-dagang.
Israr Khalid
Sat Feb 25 2023

Nicholas Tan Check Foong, berkata semua orang perlu percaya pada manfaat dunia digital yang menjadi penggerak kepada dunia hari ini dan masa depan. -Gambar hiasan

SKMM kerjasama kekang video berunsur ajaran sesat
Tindakan tidak bertanggungjawab itu akan diatasi sebaiknya termasuk penyebaran video dari negara jiran yang tular di media sosial.

Terbuka Perancis: Gauff tekad balas dendam bertemu Swiatek
Coco Gauff sedang berusaha untuk membalas dendam terhadap Iga Swiatek apabila mereka bertembung di suku akhir Terbuka Perancis.

Ruang sempit, jemaah terpaksa solat atas jalan
Bilangan penduduk semakin meningkat dengan jumlah rumah kediaman yang bertambah menyebabkan ruang sedia ada tidak mencukupi.

Legasi 20 tahun usahakan kebun jambu batu Louhan
Awalnya bermula dengan 100 anak pokok jambu batu yang dibawa balik dari Taiwan dan ditanam di Batu Pahat secara percubaan pada 2000.

Pemilik Newcastle ambil pegangan majoriti dalam empat kelab Saudi termasuk Al-Nassr
Kelab Al-Ittihad, Al-Ahli, Al-Nassr, Al-Hilal bertukar menjadi syarikat yang dimiliki PIF dan yayasan tidak berasaskan keuntungan.

Lambakan durian, peniaga mengeluh harga runtuh
Pengeluaran banyak tetapi permintaan kurang sekali gus menyebabkan ada peniaga bertindak 'buang harga'.

Isu kejatuhan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu dakwaan Pulau Pinang milik Kedah, serta kesan kejatuhan ringgit dijangka jadi tumpuan pada persidangan sidang Dewan Rakyat hari ini.

10 'warlord' UMNO sertai PN diumum sebelum PRN
Kata Razali, mereka yang terlibat adalah nama besar yang telah disisihkan UMNO.

Nahas kereta api: India mulakan siasatan rasmi
Siasatan awal menunjukkan kegagalan isyarat berkemungkinan menjadi punca pelanggaran yang mengorbankan 275 orang.

Pakistan halang liputan media terhadap Imran Khan
Pengawal selia media Pakistan mengeluarkan arahan untuk mengelakkan tercetusnya rusuhan.

'Selaraskan rekaan hentian bas, tangani isu keselamatan pengguna'
Wan Muhammad Faiz berkata, sesetengah hentian bas berada dalam keadaan usang dan gelap, menimbulkan risiko kejadian tidak diingini.

Luaskan inisiatif pas bulanan ke semua negeri - Mahasiswa
Penekanan juga perlu diberikan kepada adaptasi kaedah pembayaran bebas tiket fizikal bagi semua pengangkutan awam.

'Belia lebih hargai insentif pengalaman kerja berbanding wang tunai' - Graduan
Graduan Jurutera Aeorangkasa, Faris Idris berkata pengumuman pelaksanaan program MySTEP menerusi Belanjawan 2023 adalah suatu yang sangat baik.

'Belia rebut peluang depan mata, Kerajaan wujudkan peluang kerja luar bandar' - Usahawan
Usahawan, Liyana Lidiya mengakui ada golongan belia yang memilih jenis pekerjaan yang terbuka kepada mereka. Dalam masa yang sama dasar gaji bermaruah mesti diperkemas.

Belanjawan 2023: Penerimaan belia melangkau angka dan jenama
Tiga dapatan menarik dari Dialog Anak Muda, yang menampilkan wakil belia yang ada latar belakang usahawan, penjawat awam, mahasiswa dan pekerja gig.

Setiap individu perlu ada pemikiran digital - Nicholas Tan
Semua orang perlu percaya pada manfaat dunia digital yang menjadi penggerak kepada dunia hari ini dan masa depan.

Wujudkan dana wakaf untuk PMKS - Aktivis belia
Beliau melihat walaupun telah ada inisiatif disediakan kerajaan, namun tabung dana wakaf itu dapat menambah nilai kepada ekonomi negara.

Program kesedaran peluang keusahawanan perlu diperluas di IPT
Masih ramai pelajar tidak punyai pengetahuan asas tentang ruang dan peluang untuk ceburi bidang keusahawanan.

Usahawan MKS dinasihat simpan lebih tunai, lebih berjimat untuk depani risiko kegawatan
Usahawan dinasihatkan untuk membuat pinjaman sementara masih mampu dan tidak terus menunggu dan lihat.

PRU15: Kita dalam transisi ke arah demokrasi lebih progresif - Mahasiswa Armada Nasional
Pecahan polariti kuasa yang pelbagai hari ini menggesa ahli politik bekerja lebih keras.