awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setiausaha MDKS meninggal dunia akibat demam denggi

Bernama
Bernama
21/09/2016
02:31 MYT
Setiausaha MDKS meninggal dunia akibat demam denggi
Beliau meninggalkan isteri, Azlina Mohd Noor, 50, dan tiga anak berusia 17 hingga 27 tahun. - Gambar fail
Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Azahari Sairin meninggal dunia malam tadi selepas menerima rawatan di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, akibat demam denggi. Allahyarham Azahari, 52, meninggal dunia pada 7.59 malam selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada Sabtu lepas apabila mengalami demam panas.
Yang Dipertua MDKS Noraini Roslan, ketika dihubungi mengesahkan kematian Azahari.
Difahamkan, jenazah Azahari telah dibawa pulang ke kediaman rasminya di Kuarters MDKS malam tadi dan akan dikebumikan di tanah perkuburan kampung Felda Soeharto, Gedangsa, kira-kira 10 pagi ini.
Beliau meninggalkan isteri, Azlina Mohd Noor, 50, dan tiga anak berusia 17 hingga 27 tahun.
Allahyarham berkhidmat di MDKS selama 11 tahun sejak Ogos 2005. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azahari Sairin
#demam denggi
#noraini roslan
#pusat perubatan ramsay sime darby
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan