awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setiausaha sulit menteri direman kerana tuntutan palsu RM500,000

Astro Awani
Astro Awani
16/04/2015
04:04 MYT
Setiausaha sulit menteri direman kerana tuntutan palsu RM500,000
Setiausaha sulit menteri direman kerana tuntutan palsu RM500,000 - Gambar fail
Seorang setiausaha sulit seorang menteri Kabinet direman selama tujuh hari kerana didakwa membuat tuntutan palsu sebanyak RM500,000.
Menurut laporan Borneo Post, penahanan setiausaha berusia 41 tahun itu adalah bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Suspek merupakan setiausaha sulit kepada seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri dan dibawa ke Mahkamah Majistret di Kuching untuk ditahan reman sehingga 20 April.
"Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Low Chin How membuat permohonan melengkapkan siasatan mereka dan pendengaran dibuat secara tertutup di hadapan Majistret Zulhairil Sulaiman," lapor Borneo Post.
Lapor akhbar itu lagi, walaupun ada bilik mahkamah khas mendengar sebarang kes tahanan reman, peguam bela Wit Malang yang mewakili suspek, memohon agar pendengaran permohonan dibuat secara tertutup.
"Alasan yang digunakan adalah anak guamnya adalah individu yang sangat penting," jelas akhbar itu.
Kata akhbar itu lagi, suspek disiasat kerana didakwa membuat tuntutan palsu bagi dana kerajaan beberapa program yang dianjurkan.
"Siasatan akan dijalankan di ibu pejabat SPRM di ibu negara," kata akhbar itu.
Topic Berkaitan
#kabinet
#mahkamah
#menteri
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan