awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelaksanaan e-invois dilanjut setahun lagi bagi syarikat nilai jualan tahunan RM1-RM5 juta - PM
Warisan calonkan Saddi bagi Parlimen Kinabatangan, Mazliwati DUN Lamag
[KOLUMNIS] Universiti tidak jamin pekerjaan tetapi bina keupayaan jangka panjang mahasiswa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shadan terajui MBMB mulai 1 Feb

Bernama
Bernama
26/01/2023
04:30 MYT
Shadan terajui MBMB mulai 1 Feb
Shadan akan menggantikan Datuk Zainal Abu yang tamat perkhidmatan pada 31 Jan ini. -Instagram shadan_gsa
MELAKA: Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman, dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang baharu berkuat kuasa 1 Feb ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Zaidi Johari, berkata Shadan akan menggantikan Datuk Zainal Abu yang tamat perkhidmatan pada 31 Jan ini.
"Berikutan pelantikan tersebut, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Datin Sapiah Haron dilantik sebagai Yang DIpertua MPHTJ berkuat kuasa tarikh sama," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Beliau berkata Ketua Penolong Setiausaha Kanan Kerajaan, Unit Kerajaan Tempatan (UKT), Jabatan Ketua Menteri Melaka, Rosmanizam Mohd Nalif @ Zawawi dilantik sebagai Yang Dipertua MPJ menggantikan Sapiah, juga berkuat kuasa pada tarikh sama.
Bagaimanapun, tiada perubahan di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) apabila Saifuddin Abdul Karim kekal sebagai Yang Dipertuanya.
"Kerajaan Negeri Melaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Zainal di atas sumbangan beliau sebagai Datuk Bandar MBMB selama ini.
"Kerajaan Negeri Melaka juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Shadan, Sapiah, Saifuddin dan Rosmanizam atas pelantikan tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MPHTJ
#Shadan Othman
#Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
#Datuk Bandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan