awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shahidan mahu pastikan koordinasi pasukan penyelamat mantap ketika banjir

Bernama
Bernama
01/01/2017
02:53 MYT
Shahidan mahu pastikan koordinasi pasukan penyelamat mantap ketika banjir
Anggota Bomba dan Penyelamat menyelamatkan dua remaja yang cuba meredah arus deras untuk keluar dari rumah mereka yang dinaiki banjir di di Kampung Kolam pada 31 Disember 2016. - Foto Bernama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata beliau akan memastikan koordinasi pasukan penyelamat di kawasan bencana mantap terutama ketika banjir.
Beliau berkata ribuan anggota penyelamat sentiasa berada dalam keadaan bersedia dengan cuti sebahagian besar daripada mereka telah dibekukan bagi memastikan operasi menyelamat berjalan lancar.
"Saya percaya di peringkat awal semasa hujan turun mereka (pasukan penyelamat) mungkin tidak menjangkakan (banjir) sampai ke tahap tersebut.
"Bagaimanapun ia (operasi menyelamat) berjalan dengan lancar.
Bila dapat maklumat semua (aset dan anggota) digerakkan dengan sewajarnya," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di sini malam tadi.
Dalam perkembangan sama, Shahidan berkata bekalan makanan juga mencukupi dan telah disediakan lebih awal menerusi pangkalan hadapan yang diwujudkan di beberapa kawasan strategik.
"Kalau ada kekurangan makanan saya tak akan biarkan ia berlaku. Kita meletakkan bila berlaku bencana begini, mangsa hendaklah diberi layanan yang terbaik. Beri layanan 'diraja' kepada mangsa sebab mereka ditimpa becana," katanya.
Sejak semalam, Kelantan dan Terengganu mula dilanda banjir dengan ribuan mangsa dipindahkan sehingga menyebabkan terdapat sekolah tidak dapat memulakan sesi persekolahan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#bantuamn bencana
#bencana
#penyelamat
#SAR
#Shahidan Kassim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan