awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
Maxwell enggan jawab soalan berkaitan Epstein dalam pendengaran Kongres AS
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shahidan serah nota tugas Presiden PFA kepada Azhar

Bernama
Bernama
10/06/2013
02:21 MYT
Shahidan serah nota tugas Presiden PFA kepada Azhar
Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) yang bergerak tanpa presiden sejak Februari lepas akan diterajui sementara oleh timbalan presiden PFA, Azhar Ahmad sehingga mesyuarat agung persatuan itu yang dijadual 16 Jun ini.
Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang juga bekas Presiden PFA menyerahkan nota tugas kepada penggantinya itu pada majlis ringkas di Jejawi dekat sini pada Ahad.
Shahidan sedang menghadapi hukuman penggantungan tugas oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak Februari lepas dan tidak boleh terlibat dalam kegiatan sukan bola sepak selama 30 bulan.
Selain itu, Shahidan juga didenda RM39,000 selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan termasuk mengeluarkan kenyataan yang menyalahi Artikel 88 FAM.
Bercakap kepada pemberita, Shahidan berkata walaupun tidak lagi dalam pengurusan PFA, beliau berharap pelbagai pihak membantu persatuan itu demi masa depan bola sepak negeri ini.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Perlis
#Shahidan Kassim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan