awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shahidan tarik diri tanding Presiden DPMM

Bernama
Bernama
17/06/2023
04:44 MYT
Shahidan tarik diri tanding Presiden DPMM
Bekas Menteri Besar Perlis itu berkata keputusan berkenaan dibuat demi menjaga perpaduan dalam kalangan ahli persatuan itu. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) pada pemilihan persatuan itu yang dijadualkan hari ini.
Bekas Menteri Besar Perlis itu berkata keputusan berkenaan dibuat demi menjaga perpaduan dalam kalangan ahli persatuan itu.
"Demi perpaduan dan keharmonian dan juga masa depan DPMM yang lebih cemerlang, maka dengan ini saya menarik diri daripada bertanding dan saya berdoa semoga kawan-kawan yang akan memegang jawatan nanti membuat yang terbaik demi masa depan DPMM," katanya kepada pemberita sebelum mesyuarat agung persatuan itu, di sini hari ini.
Shahidan yang juga Presiden DPMM Perlis berkata beliau akan memberikan sokongan dan bersedia untuk membantu kepimpinan DPMM pusat dari semasa ke semasa.
Sementara itu, mengulas mengenai sama ada dirinya akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan, Shahidan berkata keputusan mengenainya terletak pada pucuk pimpinan Perikatan Nasional (PN).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shahidan Kassim
#Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
#Presiden DPMM Perlis
#Bekas Menteri Besar Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan