Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil memberi bayangan bersedia bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Bagaimanapun, Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Barisan Nasional (BN), berkata segala keputusan terserah kepada pucuk pimpinan parti.
"Orang politik mesti bersedia untuk segala-galanyanya...terpulang pada Pengerusi (BN) (Datuk Seri Najib Tun Razak), " katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Wanita BN kepada penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Selangor sempena King George V Silver Jubilee, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kesediaannya untuk membuat kemunculan semula pada PRU akan datang.
Sementara itu, ketika mengulas desas-desus bahawa beliau akan bertanding di Parlimen Sungai Besar, Shahrizat menjawab: "Macam-macam khabar angin saya dengar. Terima kasihlah yang bercakap saya akan bertanding di sana-sini, dalam politik biarlah orang mahu kita. Tapi semuanya terpulang pada bos saya (Najib)."
Sementara itu, Shahrizat berkata Wanita BN telah menyerahkan manisfesto PRU14 sayap itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk dipertimbangkan.
Katanya, antara perkara yang terkandung dalam manifesto tersebut ialah pembinaan Pusat Jagaan Integrasi di setiap kawasan Parlimen dalam Rancangan Malaysia ke-12 jika BN masih diberi mandat selepas PRU14.
"Ini kerana pada hari ini kebanyakan pusat jagaan orang tua hanya fokus warga emas tetapi tiada interaksi membuatkan mereka ini sunyi di hari menua mereka.
"Ini perlu diubah di mana pusat jagaan ini perlu diintegrasi bersama pusat jagaan kanak-kanak dan pusat aktiviti komuniti supaya adanya komunikasi dengan pelbagai lapisan," katanya.
Sementara itu, Shahrizat menyampaikan sumbangan keperluan dan wang tunai bersempena sambutan Tahun Baharu Cina kepada 125 penghuni pusat jagaan tersebut.
Wanita BN juga menyumbangkan RM10,000 kepada pusat jagaan yang telah beroperasi selama 73 tahun itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2018
Shahrizat berkata Wanita BN telah menyerahkan manisfesto PRU14 sayap itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk dipertimbangkan. - Gambar fail
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.