CYBERJAYA: Hanya empat daripada 1,091 premis di Selangor yang diperiksa menerusi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sepanjang tahun ini, dikenakan tindakan setakat ini.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor Mohd Khairi Jamaludin berkata ia jelas menunjukkan kadar pematuhan tinggi peniaga di negeri ini terhadap peraturan ditetapkan semasa perayaan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri dan Deepavali lepas.
"KPDN Selangor yakin prestasi pematuhan peniaga sepanjang SHMMP sempena Krismas yang berkuat kuasa hari ini hingga 27 Dis ini juga berupaya mencapai sifar kesalahan," katanya kepada media selepas menjalankan pemeriksaan pematuhan SHMMP sempena Krismas di sebuah pasar raya di sini semalam.
Pada masa sama, berdasarkan pemeriksaan pihaknya, Mohd Khairi berkata bekalan gula dan minyak masak di Selangor adalah terkawal buat masa ini.
Beliau berkata KPDN Selangor akan mempertingkatkan keberadaan anggota penguat kuasa di lokasi tumpuan bagi mewujudkan persekitaran urus niaga yang harmoni dan beretika, selain akan terus melakukan pemeriksaan berkala sebagai usaha memastikan tiada aktiviti sorokan bekalan minyak masak dan gula.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 23 2023
Mohd Khairi (kiri) ketika membuat pemeriksaan dan pemantauan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2023 di sebuah pasar raya di Cyberjaya semalam. - Foto BERNAMA
Presiden Afrika Selatan seru parti bertanding cari titik persamaan atasi kebuntuan
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa menyeru parti politik yang memenangi undi dalam pilihan raya minggu lepas supaya mencari titik persamaan.
AWANI Ringkas: Bantu siasatan kes kematian Zayn Rayyan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Sungai Bakap: Pas Pulau Pinang sudah ada senarai pendek calon
Pas Pulau Pinang sudah mempunyai senarai pendek calon yang akan bertanding dalam PRK Sungai Bakap susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.
Sindiket hantar PATI dari Kelantan ke KL guna bas ekspres tumpas
Menempatkan PATI di sebuah rumah transit sebelum dibawa menggunakan bas ekspres ke Kuala Lumpur antara taktik dibongkar susulan operasi dijalankan sekitar Kota Bharu.
Konsert amal The Legends raih lebih RM100,000, bantu penggiat seni memerlukan
Konsert 'Makan Malam Amal The Legends' yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, di sini malam tadi, berjaya mengumpul dana lebih RM100,000.
Skuad sepak takraw negara terima insentif khas daripada MSN - Hannah
Pasukan sepak takraw kebangsaan bakal menerima insentif khas berjumlah RM170,000 daripada Majlis Sukan Negara (MSN) susulan kejayaan membanggakan pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Kes Zayn Rayyan: Pengasuh bersama dua individu dipanggil polis
Tiga individu termasuk pengasuh kepada Zayn Rayyan yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember lalu dipanggil polis untuk dirakam keterangan pada Isnin.
Gencatan senjata: Retorik?
Apa cara untuk pastikan usaha ke arah gencatan senjata kekal dapat dicapai untuk menamatkan konflik di Gaza?
Nvidia umum hala tuju bagi semikonduktor baharu, platform Rubin pada 2026
Nvidia umum pelan hala tuju terbaharunya bagi kelompok semikonduktor baharu yang disifatkan bakal tiba dalam 'one year rhythm' atau ritma setahun.
Filem The Experts catat RM10 juta, jadi pilihan ramai di pawagam
The Experts terus mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kutipan RM10juta.
SHMMP Tahun Baharu Cina: 276 penguat kuasa KPDN digerakkan di Selangor
KPDN Selangor menggerakkan seramai 276 penguat kuasa untuk melakukan pemantauan sepanjang pelaksanaan SHMMP Tahun Baru Cina 2024.
KPDN Perak pantau peniaga makanan, minuman sepanjang Tahun Melawat Perak 2024
KPDN Perak akan melakukan pemantauan bersepadu bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga sepanjang tempoh Tahun Melawat Perak 2024.
SHMMP: 1,091 premis di Selangor diperiksa, hanya empat diambil tindakan
Ia jelas menunjukkan kadar pematuhan tinggi peniaga di Selangor terhadap peraturan ditetapkan semasa perayaan.
KPDN laksana Skim Harga Maksimum Musim Perayaan sepanjang 5 hari
14 jenis barangan akan diwartakan bagi pelaksanaan skim tersebut sepanjang tempoh berkenaan.
8 barang disenarai bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali
Lapan barangan termasuk bawang merah besar import dan kacang dal Australia disenaraikan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023.
Kawalan harga: Kerajaan laksanakan SHMMP2023 sempena Pesta Kaamatan, Hari Gawai
Kerajaan akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2023 melibatkan lapan barangan bagi tempoh 27 Mei hingga 2 Jun.
SHMMP: Peruncit dikompaun tidak pamer tanda harga - Fuziah
SHMMP Hari Raya Puasa 2023 dilaksanakan bermula 15 hingga 30 April meliputi 30 jenis barangan asas seperti hasil laut dan daging.
Tidak letak tanda harga kesalahan tertinggi dilakukan peniaga di Negeri Sembilan
Gagal meletakkan tanda harga adalah antara kesalahan tertinggi yang direkodkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan sejak awal Januari.
SHMMP: 3,255 premis perniagaan seluruh negara diperiksa - Salahuddin
Sebanyak 3,255 premis perniagaan diperiksa sepanjang pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2022 (SHMMP) bermula 23 hingga 27 Dis lepas.
Indeks Harga Pengguna: Inflasi 4.4 peratus dicatat pada Mei 2021 - Mohd Uzir
Indeks Harga Pengguna (IHP) menunjukkan peningkatan 4.4 peratus pada bulan Mei 2021 kepada 123.1 berbanding 117.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.