awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siapa sebenarnya Low Hock Peng, bapa Jho Low?

Astro Awani
Astro Awani
24/08/2018
12:42 MYT
Siapa sebenarnya Low Hock Peng, bapa Jho Low?
Jho Low dan bapa, Larry Low Hock Peng berdepan sembilan pertuduhan berhubung pembabitan dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). -TWITTER/@GeorgeGerald
Nama Tan Sri Larry Low Hock Peng menjadi hangat selepas Polis Diraja Malaysia hari ini mengumumkan akan mengemukakan permohonan notis merah daripada Interpol bagi mengesan dan menahan beliau dan anaknya iaitu Low Taek Jho atau Jho Low.
Kedua-dua ahli perniagaan itu berdepan sembilan pertuduhan berhubung pembabitan dalam skandal berprofil tinggi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Nama Hock Peng mungkin jarang disiarkan di media berbanding Jho Low, namun beliau merupakan antara tokoh korporat terkenal di Malaysia dan Singapura.
BACA: Jual Equanimity: Tidak wajar! - Jho Low
BACA: 1MDB mohon perintah mahkamah percepat jualan kapal 'Equanimity'
Berikut adalah lima fakta mengenai Hock Peng, bapa kepada Jho Low:
1. Hock Peng pernah berkhidmat di lembaga MWE Holdings Bhd dari tahun 1985 hingga 2003. Fokus beliau di syarikat berkenaan adalah berhubung pembangunan perniagaan dan hal ehwal korporat.
2. Beliau pernah menjadi pengasas bersama Frenchken Group Limited pada tahun 1995 yang mempunyai operasi di Eropah, Asia dan Amerika Syarikat.
3. Beliau merupakan dermawan untuk Jynwel Charitable Foundation.
4. Kekayaan keluarga ini diwarisi oleh Datuk Low Meng Tak yang dilahirkan pada 1922 di Guangdong, China. Meng Tak melakukan pelbagai perniagaan seperti perlombongan bijih besi dan penyulingan minuman keras di China dan Thailand.
5. Hock Peng berdepan satu tuduhan sementara itu anaknya, Jho Low berdepan lapan pertuduhan susulan pembabitan dalam skandal 1MDB. Pihak mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap ke atas kedua-dua individu berkenaan.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#China
#Guangdong
#Jho Low
#Larry Low Hock Peng
#Low Meng Tak
#Low Taek Jho
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan