awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siaran langsung prosiding PAC perlu dapat kebenaran Speaker Dewan Rakyat

Astro Awani
Astro Awani
16/10/2013
09:27 MYT
Siaran langsung prosiding PAC perlu dapat kebenaran Speaker Dewan Rakyat
Prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak boleh dilakukan di hadapan kamera kerana ia melanggar Perkara 85, Peraturan Mesyuarat Parlimen.
Perkara tersebut ditegaskan oleh Timbalan Speaker Dewan rakyat, Datuk Ronald Kiandee ketika mengulas cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya penjelasan beliau kepada PAC disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Bernama melaporkan Kiandee sebagai berkata Perkara 85 menetapkan mana-mana keterangan diambil di hadapan mana-mana jawatankuasa khas dan dokumen dikemukakan kepada jawatankuasa itu tidak boleh diterbitkan oleh mana-mana anggota jawatankuasa itu atau oleh mana-mana orang sebelum jawatankuasa membentangkan laporannya di Dewan Rakyat.
"Bagaimanapun, terpulang kepada menteri untuk menjawab dan mendapatkan kelulusan daripada Speaker Dewan Rakyat (untuk siaran secara langsung)," katanya.
Sebelum ini Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed dalam satu kenyataan media menegaskan perkara yang sama biarpun menyambut baik cadangan Ahmad Shabery dan menegaskan ia sudah diamalkan di negara-negara Komanwel seperti United Kingdom dan Australia
"Sebenarnya, siaran langsung untuk prosiding PAC bukan satu perkara baru, kerana ia sudah diamalkan di negara-negara Komanwel seperti United Kingdom dan Australia tetapi di Malaysia, ia perlu mendapat kebenaran Speaker Dewan Rakyat kerana ia membabitkan perubahan Peraturan Dewan," katanya.
Nur Jazlan mengakui bahawa PAC sebenarnya memainkan peranan penting untuk menjadi saluran utama rakyat meneliti kelemahan dan kepincangan dalam pentadbiran kerajaan serta Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk diperbaiki pada masa akan datang.
Bagaimanapun Nur Jazlan menyambut Mohamed menyambut baik cadangan Ahmad Shabery yang mencadangkan agar RTM menyiarkan secara langsung prosiding mesyuarat jawatankuasa berkenaan.
Sebelum ini, Ahmad Shabery menjadi menteri pertama yang secara sukarela memberikan keterangan kepada PAC bagi menjelaskan bayaran RM1.6 juta kepada artis K-Pop seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (KAN) 2012.
Ahmad Shabery menegaskan dengan menyiarkan secara langsung prosiding berkenaan, rakyat dapat rakyat mengetahui apa sebenarnya yang berlaku sekaligus mengelakkan sebarang persepsi negatif dilemparkan kepada Kementerian Belia dan Sukan serta kerajaan.
Mengulas laporan KAN 2012, Nur Jazlan menegaskan beliau sudah meneliti laporan berkenaan secara mendalam dan mendapati tidak semua kesimpulan yang dinyatakan dalam laporan berkenaan mempunyai kaitan dengan salah guna kuasa, penyelewengan atau rasuah.
Beliau berkata, ada kelemahan yang perlu diperbaiki daripada segi prosedur kerajaan kerana ia tidak lagi sesuai dilaksanakan pada waktu sekarang.
Topic Berkaitan
#Ahmad Shabery Cheek
#Nur Jazlan
#PAC
#Ronald Kiandee
#RTM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan