Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran kini berpeluang mengikuti persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara apabila buat pertama kalinya siaran langsung persidangan itu menggunakan khidmat jurubahasa isyarat.
Ahli Dewan Negara, Senator Ras Adiba Radzi berkata, pembaharuan yang bermula hari ini itu disifatkan satu sejarah kepada golongan OKU pendengaran di negara ini bagi membolehkan mereka mengikuti perkembangan persidangan Parlimen secara langsung.
"Buat masa ini jurubahasa isyarat ini akan bersama siaran selama dua jam melalui siaran langsung di TV1 bermula jam 10 sehingga 12 tengah hari, kita akan cuba panjangkan waktu untuk terjemahan ini sehingga 5 petang," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.
Turut hadir Presiden Persatuan Jurubahasa Isyarat Malaysia (MyAsli), Wan Zuraidah Abu.
Ras Adiba berkata, pembaharuan itu adalah hasil perbincangannya dengan pihak Parlimen dan MyAsli serta dengan pengalaman jurubahasa isyarat di MyAsli, beliau yakin, mereka (jurubahasa) boleh memberikan perkhidmatan terbaik.
Setakat ini katanya, terdapat sembilan orang jurubahasa isyarat akan menerajui siaran langsung persidangan Parlimen dengan sejam setiap orang.
Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV1 telah menyiarkan secara langsung persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara selama dua jam setiap kali persidangan berlangsung.
Sidang Parlimen juga boleh diikuti sepanjang masa persidangan menerusi laman web RTM iaitu http://rtmparlimen.rtm.gov.my dan siaran laman web ini boleh dilayari menerusi komputer, tablet serta telefon pintar.
Dalam pada itu, Ras Adiba menyeru OKU di negara ini yang belum mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya berbuat demikian.
"Setakat ini OKU yang mendaftar dengan JKM belum mencapai 570,000 sedangkan bilangan OKU di negara ini mengikut nisbah ialah 4.7 juta orang," katanya.
Bernama
Mon Aug 24 2020
OKU pendengaran kini berpeluang mengikuti persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara apabila buat pertama kalinya siaran langsung persidangan itu menggunakan khidmat jurubahasa isyarat, kata Ras Adiba Radzi.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Pendedahan awal kepada bahasa isyarat pupuk empati dalam kanak-kanak - Fatimah
Ini adalah penting untuk memupuk empati, rasa hormat dan keterangkuman dalam kalangan kanak-kanak.
'Abang Bomba' nekad belajar bahasa isyarat selepas selamatkan OKU dalam kebakaran
Kesukaran berkomunikasi dengan mangsa kebakaran yang pekak beberapa tahun lalu menjadi inspirasi kepada seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak untuk belajar bahasa isyarat.
Galak penggunaan bahasa isyarat di agensi kerajaan - Nancy Shukri
Nancy juga menggalakkan kementerian dan agensi lain untuk memulakan inisiatif yang sama, selain turut mengalu-alukan penyertaan dan kerjasama badan bukan kerajaan serta swasta.
Bahasa isyarat akan diperkenalkan di Tabika Perpaduan tahun depan
Pengajaran bahasa isyarat itu merupakan penambahan pengajaran bahasa ketiga di Tabika Perpaduan, selain bahasa Mandarin, Tamil, Kadazan dan Iban.
Individu mahir interaksi dengan OKU digalak sertai MyVac
KBS pertimbang beri elaun kepada sukarelawan MyVac yang mempunyai tanggungjawab khas membantu warga OKU.
Siaran langsung sidang Dewan Rakyat kini ada jurubahasa isyarat
OKU pendengaran kini berpeluang mengikuti persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara apabila buat pertama kalinya siaran langsung persidangan itu menggunakan khidmat jurubahasa isyarat.
Cadang bahasa isyarat dijadikan bahasa ketiga
Mempelajari bahasa isyarat bermula dari peringkat sekolah dilihat penting bagi membentuk komuniti inklusif antara OKU dan individu normal.
Pelajari bahasa isyarat, mudah komunikasi dengan OKU pendengaran
Ia sekali gus dapat mengatasi isu kekurangan jurubahasa untuk bahasa isyarat dan selain melihatnya sebagai peluang pekerjaan.
Masyarakat disaran belajar, kuasai bahasa isyarat
Langkah itu juga dapat mengelakkan golongan OKU pendengaran tersisih dan dipinggirkan daripada kegiatan kemasyarakatan.
USIM hasilkan aplikasi al-Quran Isyarat untuk OKU pendengaran
Aplikasi yang menyokong peranti android ini juga, mampu menjadi model aplikasi mesra OKU pendengaran di peringkat antarabangsa.