ALOR SETAR: Siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana bantuan pakej rangsangan ekonomi yang didakwa mempunyai kaitan dengan seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah kini di peringkat akhir.
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata, pihaknya kini di peringkat akhir mengumpul segala fail berkaitan sebelum mengemukakannya kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
"Kita akan kemukakan kepada TPR untuk peroleh keputusan dan tindakan apa yang sesuai dikenakan berhubung kes ini. Ada banyak tindakan yang SPRM boleh cadangkan kepada TPR, kalau positif kita dakwa tetapi kalau negatif kita akan lihat bagaimana.
"Setakat ini, Exco berkaitan yang didakwa terlibat dalam kes berkenaan masih belum dipanggil untuk memberi keterangan tetapi kita akan panggil dalam masa terdekat," katanya ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes berkenaan.
Pada 17 Jun lepas, dalam laporan media, Shaharom Nizam mengesahkan pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana bantuan pakej rangsangan ekonomi yang dikaitkan dengan seorang Exco Kedah.
Katanya, berdasarkan maklumat diperoleh, pihaknya mengambil inisiatif menjalankan siasatan awal bagi mengesahkan sama ada terdapat isu pelanggaran undang-undang berkaitan bawah bidang kuasa SPRM.
Terdahulu, beliau merasmikan pelepasan program 'Free Corruption Ride 2022 SPRM Kedah' yang berlangsung selama tiga hari dua malam di lima daerah iaitu Padang Terap, Sik, Kulim, Baling dan Kuala Muda yang disertai kira-kira 100 orang peserta.
"Objektif program ini adalah untuk memberi peringatan kepada orang ramai agar menolak rasuah dan melaporkan perkara itu kepada SPRM, mendedahkan peranan dan fungsi SPRM serta menyalurkan maklumat kepada orang ramai agar tidak sesekali menawar dan menerima rasuah.
"Kita berharap melalui program ini dapat meningkatkan integriti dalam diri masyarakat untuk memerangi rasuah serta dapat menjalinkan kerjasama erat dan padu antara SPRM dan masyarakat," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Jun 28 2022
Siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana bantuan pakej rangsangan ekonomi yang didakwa mempunyai kaitan dengan seorang Exco Kedah kini di peringkat akhir, kata Datuk Shaharom Nizam Abd Manap. - Gambar BERNAMA
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
10 EXCO Kedah dijangka angkat sumpah esok
Kesemua mereka dilihat memasuki Pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Aman, Alor Setar sekitar jam 9 pagi tadi bagi majlis raptai khas upacara perlantikan EXCO Negeri Kedah.