NATIONAL
Siasatan 'ganjaran' Sapura Energy: SPRM siasat Tan Sri berkaitan pengubahan wang haram

Sebanyak 83 akaun bank milik lima individu dan 15 syarikat telah dibekukan, membabitkan jumlah keseluruhan kira-kira RM158.26 juta. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram membabitkan pemilikan saham Sapura Energy Berhad (SEB) bernilai RM500 juta.
Ringkasan AI
- Seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri sedang disiasat oleh SPRM berhubung kes pengubahan wang haram membabitkan pemilikan saham Sapura Energy Berhad (SEB) bernilai RM500 juta.
- Siasatan tertumpu kepada kesalahan salah guna kuasa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009, termasuk isu ganjaran seperti gaji, bonus, saham, bayaran penjenamaan, dan penempatan persendirian saham dari 2012 hingga 2021.
- Sebanyak 83 akaun bank milik lima individu dan 15 syarikat telah dibekukan, membabitkan jumlah keseluruhan kira-kira RM158.26 juta, dengan siasatan terhadap tadbir urus korporat turut dijalankan.
Jelasnya, siasatan tertumpu terhadap kesalahan salah guna kuasa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 melibatkan isu ganjaran seperti gaji, bonus, saham, bayaran penjenamaan dan penempatan persendirian saham dari 2012 hingga 2021.
“SPRM juga sedang menyiasat kemungkinan berlaku kesalahan pecah amanah, salah guna dana dan pemalsuan dokumen di bawah peruntukan Kanun Keseksaan.
“Tokoh korporat itu telah dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM pada 5 dan 6 Mei lalu untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan, namun tiada tangkapan dilakukan setakat ini,” kata sumber kepada media pada Khamis.
Dalam perkembangan berkaitan, sumber memaklumkan, sebanyak 83 akaun bank milik lima individu dan 15 syarikat telah dibekukan, membabitkan jumlah keseluruhan kira-kira RM158.26 juta.
Siasatan terhadap tadbir urus dan tatakelola korporat juga akan dilaksanakan sebagai langkah pencegahan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami