MALAYSIA
Siasatan kehilangan pemandu kereta terjunam dalam sungai dilakukan menyeluruh - Polis

Semalam, seorang pempengaruh permotoran yang dikenali sebagai Ija dilaporkan hilang selepas kereta jenis Perodua Axia dipandunya terjunam dalam sungai. - Foto ihsan JBPM
MUAR: Polis akan melakukan siasatan menyeluruh dari pelbagai aspek susulan kehilangan seorang lelaki setelah kereta dipandunya terjunam ke dalam Sungai Tui, Jalan Bukit Kepong, di sini Isnin lepas.
Ringkasan AI
- Operasi SAR Diperluas dan Masih Berlangsung: Pasukan penyelamat melibatkan bomba, polis dan Unit K9 telah memperluas pencarian hingga 10 kilometer radius sekitar Sungai Tui, termasuk penggunaan dron dan pencarian darat.
- Petunjuk Terhad Ditemui di Lokasi: Setakat ini, hanya selipar dan topi milik mangsa ditemukan berhampiran lokasi kereta Perodua Axia yang terjunam. Telefon bimbit mangsa masih belum dijumpai dan talian telah ditutup sejak hari kejadian.
- Keterangan Keluarga dan Rakan Diambil: Polis telah merakam keterangan daripada isteri, adik, serta beberapa individu lain termasuk pemandu bas dan pekerja premis berkaitan. Rakan mangsa turut membantu pencarian berdasarkan koordinat GPS terakhir
"Buat masa ini, kita telah mengambil keterangan isteri dan adik mangsa. Masih tiada sebarang petunjuk baharu selain hanya menemukan selipar dan topi," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Rakan pemuda yang dilaporkan hilang pada Isnin lepas, Muhammad Syahmi Mansur menunjukkan gambar mangsa, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin,38, pada telefon bimbitnya. - Foto Bernama
Raiz Mukhliz berkata pihaknya juga memaklumkan telefon bimbit Tengku Nizaruddin masih tidak ditemukan serta melalui semakan talian, ia telah ditutup sejak hari mangsa dikatakan hilang.
"Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi bagi memberikan ruang kepada polis untuk melakukan siasatan yang ketika ini lebih kepada orang hilang," katanya.
Semalam, Bernama melaporkan seorang pempengaruh permotoran yang dikenali sebagai Ija dilaporkan hilang selepas kereta jenis Perodua Axia dipandunya terjunam dalam sungai berkenaan namun mangsa tidak ditemukan dalam kenderaannya itu.
--BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami