awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan kes anak penggal kepala ibu selesai - Polis

Sinar Harian
Sinar Harian
20/01/2022
22:10 MYT
Siasatan kes anak penggal kepala ibu selesai - Polis
Gambar lokasi kejadian. Polis sudah melengkapkan siasatan berkaitan seorang lelaki yang memenggal kepala ibunya sehingga maut dalam kejadian di Kampung Baru Pasir Penambang. -Gambar fail/Sinar Harian
KUALA SELANGOR: Polis sudah melengkapkan siasatan berkaitan seorang lelaki yang memenggal kepala ibunya sehingga maut dalam kejadian di Kampung Baru Pasir Penambang di sini pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, polis juga sudah merekodkan keterangan ahli keluarga termasuk suami mangsa bagi membantu siasatan sebelum dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan pendakwaan.
"Kertas siasatan kes itu sudah lengkap dan akan diserahkan kepada TPR," katanya pada Khamis.
Ramli berkata, setakat ini, reman ke atas suspek lelaki berkenaan masih kekal sehingga Sabtu dan tidak menolak kemungkinan akan melanjutkan tempoh reman itu.
"Kita menjangkakan pendakwaan suspek dilakukan minggu depan," katanya.
Sinar Harian pada Ahad melaporkan, seorang wanita berusia 56 tahun maut dipercayai dipenggal kepala oleh anaknya dalam kejadian di Kampung Baru Pasir Penambang di sini pada Sabtu.
Suspek yang berusia 28 tahun itu dikatakan membunuh mangsa ketika berada di ruang tamu berikutan terdapat kesan darah di sekitarnya.
Kejadian disedari oleh salah seorang daripada anak mangsa yang pergi ke kediaman berkenaan selepas beberapa kali gagal menghubungi mangsa.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penggal kepala ibu
#Kuala Selangor
#Kampung Baru Pasir Penambang
#Ramli Kasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan