Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini berkata tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dakwaan pecah amanah dalam pembelian dakwat kekal telah dicetuskan oleh sikap ‘angkuh hati’ pembangkang.
Beliau yang ditemui di luar bangunan Parlimen bagaimanapun berkata, ia terserah kepada badan itu meneruskan tindakan selanjutnya.
Menurut Tengku Mansor, siasatan yang dibuat lebih bersandarkan persepsi yang telah dibuat oleh pihak pembangkang.
“Ini terserah kepada SPRM lah… ini macam-macam tohmahan dibuat. Kadang kala persepsi… persepsi-persepsi yang dilakukan oleh puak yang barangkali terlebih angkuh hati,” katanya kepada pemberita.
Kata beliau, sikap ‘angkut hati’ lebih teruk dari sikap ‘busuk hati’ kerana ia mendorong seseorang untuk melakukan perkara yang disifatkannya tidak boleh diterima oleh akal.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menubuhkan pasukan untuk menyiasat kemelut dakwat kekal, untuk melihat apakah terdapat pecah amanah dalam pembelian dakwat itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Sementara itu, mengulas tentang Pilihan Raya Kecil Kuala Besut yang berkemungkinan akan diadakan pada bulan Ramadan, Tengku Adnan berkata situasi yang sama telah pun dilalui 34 tahun lalu.
“34 tahun lalu, di tempat yang sama, tarikh yang sama, ADUN di situ telah meninggal… dan pilihan raya kecil telah diadakan pada bulan puasa,” jelasnya.
Pilihan raya kecil pada masa itu juga disebabkan oleh kematian ADUN kawasan itu iaitu Zakaria Muda di mana Allahyarham telah meninggal dunia pada 26 Jun 1979 iaitu tarikh dan bulan sama dengan kematian Dr A. Rahman Mohktar.
Pilihan raya kecil itu juga telah diadakan pada bulan Ramadan yang mana telah dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Abdul Rahman.
Terdahulu, The Star Online melaporkan bahawa Setiuasaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah berkata pihaknya akan mencadangkan supaya Pas memboikot pilihan raya kecil Kuala Besut sebagai tanda protes terhadap 'taktik kotor' yang digunakan oleh SPR ada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.
Guan Eng berkata beliau akan mencadangkan perkara tersebut dalam mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat akan datang.
Ekoran itu, Pas turut memaklumkan bahawa mereka sedia mempertimbangkan sebarang cadangan dari rakan dalam Pakatan Rakyat termasuk memboikot pilihan raya kecil tersebut.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata setakat ini Pas kekal dengan keputusan untuk menurunkan calon mereka untuk bertanding.
Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Dr A. Rahman pada Selasa lepas akibat paru-paru berair.
Haider Yutim
Mon Jul 01 2013
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Musa Aman selesai mengundi di DUN Sungai Manila
Musa tiba di pusat mengundi berkenaan tepat jam 11 pagi dengan diiringi sepasukan anggota keselamatannya.
Bekas mejar Zaidi Ahmad berhasrat sertai PAS
Bekas mejar TUDM, Zaidi Ahmad yang dibuang dari kerja kerana mendedahkan masalah dakwat kekal yang digunakan dalam PRU13 akan menyertai PAS.
Isu dakwat kekal: Seorang lagi anggota tentera dihukum langgar protokol
Anggota TUDM itu menerima hukuman tersebut kerana membuat laporan polis bersama Mejar Zaidi Ahmad berhubung masalah dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum ke-13.
'Kenyataan saya cukup untuk disaman SPR' -- Rafizi
Kenyataan yang dibuat oleh MP Pandan Rafizi Ramli untuk kali pertama di luar Dewan Negara sudah memadai untuk satu tindakan undang-undang diambil.
SPR cabar Rafizi ulang tuduhan di luar Dewan Rakyat
SPR cabar Rafizi Ramli ulang tuduhan di luar Dewan Rakyat bahawa Pengerusi dan Timbalannya mempunyai hubungan baik dan mengenali rapat pembekal dakwat kekal.
'Ikut proses perbendaharaan negara dan prosedur' - Wan Ahmad
Syarikat pembekal dakwat kekal yang digunakan pada PRU13 telah melalui proses perbendaharaan negara dan mematuhi prosedur yang ditetapkan.
Majlis Fatwa Kebangsaan putuskan shisha haram
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia membuat keputusan itu dalam sidangnya pada 17 Julai.
Rafizi yakin SPR ada kaitan dengan syarikat pembekal dakwat kekal
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli terus yakin bahawa syarikat pembekal dakwat kekal mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin tertinggi SPR.
Pastikan tangan tidak berminyak sebelum celup ke dalam dakwat - SPR
Bagi menjamin dakwat itu kekal di jari pengundi dinasihatkan agar memastikan jari mereka tidak berminyak sebelum dicelup ke dalam dakwat.
Kerajaan pertimbang cadangan hapus guna dakwat kekal
Kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan untuk menghapuskan penggunaan dakwat kekal dan menukar kepada sistem biometric semasa pilihan raya.