awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan tanah FELDA belum selesai - Peguam Negara

Astro Awani
Astro Awani
25/01/2018
15:24 MYT
Siasatan tanah FELDA belum selesai - Peguam Negara
APANDI: "Adalah tidak tepat untuk menyatakan polis menunggu arahan kami sama ada untuk membuat pertuduhan atau sebaliknya sedangkan siasatan masih berjalan dan belum lengkap." - Gambar fail
Siasatan polis berhubung kes pemindahan empat bidang tanah milik FELDA dekat Jalan Semarak di sini masih belum selesai.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam kenyataannya pada Khamis memaklumkan walaupun kertas siasatan sudah diterima namun ia masih belum selesai.
"Lambat lagi, kertas siasatan dirujuk kepada kami untuk mendapatkan arahan tertentu lebih terperinci yang tidak dapat saya dedahkan,
"Adalah tidak tepat untuk menyatakan polis menunggu arahan kami sama ada untuk membuat pertuduhan atau sebaliknya sedangkan siasatan masih berjalan dan belum lengkap," katanya dalam satu kenyataan.
BACA: Kertas siasatan tanah Felda diserah hari ini - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini menubuhkan pasukan khas untuk menjalankan siasatan berhubung kes kehilangan hak empat bidang tanah Felda di Jalan Semarak.
Felda pada 15 Januari lalu mengesahkan mendapat kembali hak milik tanah di Jalan Semarak selepas satu perjanjian persefahaman ditandatangani antara mereka dan Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB).
Topic Berkaitan
#Felda
#KPN
#Malaysia
#Mohamed Apandi Ali
#PDRM
#Peguam Negara
#polis
#Polis Diraja Malaysia
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan