awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan terperinci kes pelajar maut terkena pisau mesin rumput - Mahdzir

Astro Awani
Astro Awani
13/02/2018
11:09 MYT
Siasatan terperinci kes pelajar maut terkena pisau mesin rumput - Mahdzir
MAHDZIR: Mahu laporan terperinci.
Siasatan terperinci perlu segera dijalankan berikutan kes pelajar sekolah yang maut akibat terkena pisau pemotong rumput si Gemas, Negeri Sembilan, pagi tadi.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid meminta Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan menyegerakan siasatan itu seterusnya mengemukakan laporan lengkap tentang kejadian itu.
“Saya mahu dalam masa terdekat, (agar menjalankan) siasatan terperinci mengenai kejadian pelajar perempuan terbunuh akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abd Rahman, Gemas.
“Kita tengok dulu laporan (penuh) yang mengakibatkan kematian seorang pelajar dalam sekolah. Sungguh malang sebenarnya,” ujar Mahdzir kesal.
Beliau juga meminta kontraktor yang dilantik oleh pihak sekolah selepas ini lebih peka dan mematuhi aspek keselamatan sebelum melakukan kerja pembersihan.
Dalam pada itu beliau turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa Allahyarhamah Nur Afini Roslan, 14, serta bersimpati atas kejadian yang menimpa pelajar itu.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi tadi, mangsa maut di tempat kejadian selepas terkena bilah besi pemotong rumput yang melayang.
Dua lagi pelajar Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, cedera dan telah menerima rawatan di Klinik Kesihatan Gemas.
Topic Berkaitan
#Mahdzir Khalid
#mesin potong rumput
#pelajar maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan